Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Euro 2024: Sepanyol Pasukan Terbaik, Berhak Menang – Jurulatih England

Jurulatih England, Gareth Southgate tetap berbesar hati walau tumpas dalam final Euro 2024 berturut-turut sambil menyatakan Sepanyol adalah pasukan terbaik dan berhak menang pada Ahad.

Menerusi satu laporan Reuters, Southgate berkata, pasukannya telah memberikan Sepanyol saingan sengit sebelum akhirnya tumpas 2-1 menerusi jaringan gol Mikel Oyarzabal empat minit sebelum tamat perlawanan.

Foto: Reuters

“Seperti biasa dalam perlawanan sebegini, jurangnya kecil. Tetapi saya fikir mereka pasukan terbaik pada kejohanan ini dan akhirnya mereka berhak menang.
“Kami bersaing hingga minit terakhir pada final. Saya fikir hari ini kami tidak banyak menguasai pegangan bola,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pasukan Sepanyol mendominasi perlawanan dalam tempoh yang lama dan menikmati 63 peratus penguasaan bola.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mereka terlalu menekan dengan sangat baik dan kami perlu keluar daripada tekanan itu tetapi kami tidak berjaya melakukannya dan pada akhirnya mereka lebih banyak menguasai perlawanan ini, dan itu boleh melemahkan (semangat) sedikit.
“Bagaimanapun, kami masih berpeluang apabila berjaya mendapat gol penyamaan, jadi perlawanan masih terbuka luas,” ujarnya.

Foto:  Berita Harian

Southgate secara jujur mengakui sangat terdesak untuk memberikan England trofi pertama sejak kemenangan mereka pada Piala Dunia 1966, namun tidak memberikan sebarang komen mengenai masa depannya dalam dunia bola sepak.

“Sudah tentu ia mengambil masa yang agak lama untuk menghadam semua ini,” tambahnya lagi.

Untuk makluman, pasukan Sepanyol telah merekodkan kemenangan di semua tujuh perlawanan di Jerman sebelum sampai ke laluan menjulang trofi Euro 2024 yang membuatkannya pasukan yang paling layak untuk menjulang trofi berkenaan.

Sumber: Reuters

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Salah seorang rakyat Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotila (GSF) 2.0, Razman Mat Ali perlu meneruskan rawatan kira-kira dua minggu lagi di Istanbul, Turkiye...

Dunia

Pengasas Seven-Eleven Japan yang dikenali sebagai tokoh penting dalam industri kedai serbaneka Jepun, Toshifumi Suzuki, meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada 18 Mei lalu...

Lokal

Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki...

Lokal

Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih pada Ahad dipercayai tersasar daripada laluan asal ketika turun...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd