Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Enam Maut Dalam Insiden Pesawat Polis Terhempas Berhampiran Pantai

Enam pegawai dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas berhampiran kawasan peranginan di Hua Hin, Wilayah Prachuap Khiri Khan, Thailand pagi tadi.

Menurut laporan Bangkok Post,  jurucakap Polis Diraja Thailand, Leftenan Jeneral Archayon Kraithong berkata, insiden berlaku sekitar jam 8.15 pagi waktu tempatan ketika pesawat itu sedang menjalani latihan payung terjun.

Pesawat berkenaan dilaporkan terhempas kira-kira 100 meter dari pesisir pantai di daerah Cha-am, terletak kira-kira 130 kilometer ke barat daya ibu negara Bangkok.

Foto: Bangkok Post

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan pesawat itu berpusing di udara sebelum menjunam ke laut yang membuatkan penduduk setempat dan nelayan terus bergegas ke lokasi kejadian, meredah air laut separas dada dalam usaha menyelamat mangsa.

Mangsa yang maut adalah Pol Col Prathan Khiewkham, Pol Lt Col Panthep Maneewachirangkul, Pol Capt Chaturawong Wattanapaisarn, Pol Lt Thanawat Mekprasert, Pol L/Cpl Jeerawat Maksakha dan Pol Sgt Maj Prawat Pholhongsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Polis Thailand, Jeneral Kitrat Phanphet dalam satu kenyataan memberi jaminan bahawa siasatan terperinci akan dijalankan, termasuk menganalisis data daripada kotak hitam pesawat bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Foto: Bangkok Post

“Polis Diraja Thailand merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden tragik ini,” menurut kenyataan rasmi pihak berkuasa.

Sumber: Bangkok Post

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd