Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Iran Beri Amaran! Dunia Perlu Bersedia, Harga Minyak Boleh Cecah AS$200 setong

Dunia Perlu Bersedia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency (IEA) mencadangkan pelepasan besar-besaran rizab minyak strategik bagi mengekang kejutan harga tenaga terburuk sejak 1970-an.

Perang yang tercetus selepas serangan udara bersama oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel hampir dua minggu lalu setakat ini telah mengorbankan kira-kira 2,000 orang, kebanyakannya rakyat Iran dan Lebanon.

Dunia Perlu Bersedia, Harga Minyak Boleh Cecah AS$200 setong

Konflik kini merebak ke Lebanon, mencetuskan kekacauan dalam pasaran tenaga serta pengangkutan global.

Walaupun Pentagon menyifatkan serangan udara sebagai paling sengit sejak perang bermula, Iran terus melancarkan serangan ke atas Israel dan beberapa sasaran di Asia Barat, menunjukkan keupayaan balas mereka masih utuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semalam, tiga kapal dilaporkan terkena serangan di perairan Teluk selepas Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran berkata pasukannya menembak kapal yang tidak mematuhi arahan mereka.

Presiden AS, Donald Trump, yang belum menetapkan tempoh operasi ketenteraan, memberi bayangan bahawa perang belum akan ditamatkan.

“Kita tidak mahu berundur terlalu awal. Kita perlu habiskan misi,”katanya dalam satu perhimpunan di Kentucky.

Trump mendakwa tentera AS telah memusnahkan 58 kapal tentera laut Iran dan menyatakan Iran kini hampir ke penghujung kemampuan.

Tambah beliau, Iran tidak lagi mempunyai tentera laut, tentera udara atau sistem pertahanan yang berfungsi sambil menegaskan AS akan memberi perhatian serius kepada Selat Hormuz, laluan penting yang mengendalikan kira-kira satu perlima bekalan minyak dunia.

Setakat ini, tiada tanda laluan itu selamat digunakan kerana Iran dikatakan menanam puluhan periuk api laut di kawasan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Negara anggota G7, termasuk AS, Kanada, Jepun, Itali, United Kingdom, Jerman dan Perancis, turut mempertimbangkan untuk mengiringi kapal dagang bagi memastikan pelayaran bebas di Teluk.

Harga minyak dunia yang melonjak hampir AS$120 setong awal minggu ini kembali turun sekitar AS$90, namun meningkat semula hampir lima peratus semalam susulan kebimbangan gangguan bekalan.

IEA mencadangkan pelepasan 400 juta tong minyak daripada rizab strategik global – langkah terbesar dalam sejarah.

Trump berkata langkah itu akan membantu menurunkan harga minyak, manakala Setiausaha Tenaga AS, Chris Wright mengumumkan pelepasan 172 juta tong daripada Rizab Strategik Petroleum AS bermula minggu depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, jumlah itu masih hanya sebahagian kecil daripada bekalan yang biasanya melalui Selat Hormuz.

“Bersedialah untuk harga minyak AS$200 setong kerana harga minyak bergantung kepada keselamatan serantau yang telah anda porak-perandakan,”kata jurucakap tentera Iran, Ebrahim Zolfaqari.

Beliau turut memberi amaran bahawa bank yang berurusan dengan AS atau Israel boleh menjadi sasaran serangan Iran.

Sejak perang bermula, 14 kapal dagang dilaporkan terkena serangan di kawasan Teluk. Di Iran, ribuan orang menghadiri pengebumian komander tentera yang terbunuh dalam serangan udara.

Artikel lain: Konflik Asia Barat: Penjawat Awam Filipina Kerja 4 Hari Seminggu, Jimat Penggunaan Bahan Api

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seorang pegawai Iran memberitahu Reuters bahawa Mojtaba cedera ringan pada awal perang, ketika serangan udara membunuh ayahnya bersama beberapa ahli keluarga.

Walaupun Trump menggesa rakyat Iran bangkit menentang pemerintah, setakat ini tiada tanda protes besar-besaran yang mampu menggugat sistem republik Islam.

Ketua Polis Iran, Ahmadreza Radan memberi amaran bahawa sesiapa yang turun ke jalanan akan dianggap “musuh, bukan penunjuk perasaan.”

Sumber: Reuters

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Dunia

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, melancarkan kempen ‘Thai Help Thai’ bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga lebih 3,000 barangan keperluan harian...

Sosial

Seorang Profesor dan Pakar Perunding Kanan Ortopedik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Yazid Bajuri, mencipta sejarah apabila menghasilkan kaki palsu mesra Muslim...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd