Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Lelaki Ditahan Susulan Pelajar Maut Akibat Leher Terkena Sabit

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada bahagian leher dalam satu kejadian di Batu 4, Kampung Selabak, Teluk Intan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, kejadian berlaku apabila motosikal yang dinaiki mangsa Adham Faisal, 18, berselisih dengan motosikal seorang lelaki yang membawa sabit berkenaan.

“Ketika kejadian motosikal dinaiki mangsa serta motosikal dinaiki lelaki membawa sabit berkenaan saling berhampiran antara satu sama lain di atas jalan, justeru menyebabkan mangsa terjatuh atas jalan akibat terkena sabit itu,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Bakri berkata, suspek masing-masing berusia 39 dan 52 tahun ditahan bagi membantu siasatan selain polis merampas beberapa barangan berkaitan kejadian termasuk sabit berhulu panjang dan motosikal.

Tambahnya lagi, mangsa dilaporkan menunggang motosikal bersama rakannya yang mengalami kecederaan pada tangan dan kini menerima rawatan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat membunuh. Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan untuk permohonan reman,” ujarnya.

Sumber: Facebook Polis Daerah Hilir Perak

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Dunia

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, melancarkan kempen ‘Thai Help Thai’ bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga lebih 3,000 barangan keperluan harian...

Sosial

Seorang Profesor dan Pakar Perunding Kanan Ortopedik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Yazid Bajuri, mencipta sejarah apabila menghasilkan kaki palsu mesra Muslim...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd