Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Hari Tak Datang Kerja, Pensyarah Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Rumah Sewa

Misteri kehilangan seorang pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Tajul Afif Abdullah, 49, yang tidak hadir ke kampus sejak Isnin akhirnya terungkai apabila ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Gelam Mas, Keluang, Besut semalam.

Menurut laporan BH Online, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) UniSZA Kampus Besut, Dr. Zarizal Suhaili berkata, Allahyarham merupakan sahabat baiknya dan sudah dua hari tidak hadir bertugas selepas bercuti selama tiga hari.

Zarizal berkata, keadaan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pihak pengurusan dan rakan sekerja sehingga mereka mengambil keputusan untuk mencarinya selepas beberapa kali cubaan menghubungi telefon bimbitnya gagal.

“Saya, arwah Tajul serta seorang lagi pensyarah Dr Mohammad Hailmi Sajili, 48, berkawan rapat ketika mula belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) sejak tahun 2001 sehingga sama-sama bekerja di sini,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Besut, pada Selasa.

Menurutnya, kebiasaannya Allahyarham Tajul mudah dihubungi dan segera membalas mesej WhatsApp daripada rakan setugas, namun sejak beberapa hari kebelakangan ini semua usaha menghubunginya tidak berhasil.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya dan Hailmi bergegas ke rumah sewa untuk mencarinya kerana rasa tidak sedap hati kerana dia tinggal seorang diri.
“Ketika sampai pintu pagar depan rumah tidak berkunci manakala motosikal arwah diparkir di bahagian belakang rumah,” ujarnya.

Sementara itu, bagi Muhammad Hailmi, mereka cuba memanggil mangsa dari luar rumah, namun tiada sebarang sahutan diterima.

Katanya, mereka hanya mendengar bunyi air paip mengalir selain mendapati lampu di dalam rumah masih menyala.

“Sewaktu meninjau kawasan sekeliling rumah berkenaan, saya melihat air paip sudah melimpah dalam longkang dan terhidu bau kuat dari dalam rumah.
“Kami segera menghubungi pihak polis dan juga talian kecemasan untuk meminta bantuan daripada pihak bomba bagi membuka pintu rumah,” katanya.

Polis kemudian menemui arwah di dalam bilik air dan dipercayai meninggal dunia lebih 24 jam.

“Arwah sebelum ini mempunyai sejarah penyakit jantung dan menjalani pembedahan memasang stent jantung pada tahun 2021.
“Jika diikutkan kami bertiga sempat merancang untuk berbuka puasa sekali namun belum mendapat tarikh sesuai kerana masing-masing sibuk dengan tugasan,” ujarnya lagi.

Katanya, impian arwah untuk menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) tidak tercapai selepas baru memulakan semester kedua pengajiannya tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BH Online (Nurul Fatihah Sulaini)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd