Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Ditegur Suami Selekeh Pakai Purdah, Isteri Virgoun Terpaksa Solek Seperti BLACKPINK

Isteri kepada penyanyi Virgoun, Inara Rusli mendedahkan suaminya pernah mengkritik dan menegur soal penampilannya yang dikatakan ‘selekeh’ terutama memakai purdah.

Inara mendedahkan perkara tersebut dalam satu segmen bersama Dr Richard Lee dengan menjelaskan dia terpaksa berbuat demikian kerana mahu memuaskan kehendak suaminya.

Terpaksa solek seperti artis Korea Selatan

Hal ini kerana, suaminya yang juga pelatun lagu Surat Cinta Untuk Starla sering membandingkan dirinya dengan para wanita di luar sana.

Bahkan, Virgoun juga pernah meminta Inara untuk membuka purdah selain mendedahkan dia kerap berpakaian seperti anggota kumpulan K-Pop tersohor BLACKPINK di rumah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Karena kejadian itu (tegur), saya jadi kurang keyakinan. Dia juga bercakap tentang diri saya.
“Walaupun di rumah, saya tetap berdandan.  Anak saya katakan baju yang dipakai di rumah itu seperti BLACKPINK,”ujarnya.

Sebaik sahaja mendengar pendedahan tersebut, Dr. Richard Lee menyifatkan Virgoun seperti seorang suami yang tidak bersyukur kerana memiliki isteri cantik seperti Inara Rusli.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Inara mendedahkan suaminya berselinguh dan tergamak melanggan pelacur demi memuaskan nafsunya.

Malah, Virgoun juga pernah membuat surat bertulis mengakui tentang keterlanjurannya dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut namun dia melanggarnya.

Sekadar info, Virgoun dan Inara membina mahligai pada 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Insertlive, YouTube Dr. Richard Lee

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd