Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

DIHK Setuju Kongsi Kepakaran Bersama TVET Malaysia – Ahmad Zahid

Dewan Perniagaan & Industri Jerman (DIHK) setuju untuk kongsi kepakaran dan pengalaman mereka dalam satu kerjasama bersama Majlis Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Malaysia.

DIHK setuju kongsi kepakaran bersama TVET Malaysia

Persetujuan tersebut tercapai semasa pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama wakil dari Bosch-Haus dan DIHK dalam lawatan kerja di Berlin, Jerman.

Beliau berkata persetujuan DIHK itu akan membantu kerajaan mencipta rangka tindakan unik yang disesuaikan dengan program TVET Malaysia.

Pada masa yang sama, beliau turut berkata menerusi persetujuan itu, Dewan Perniagaan Jerman Malaysia akan mengetuai penyelarasan syarikat-syarikat Jerman di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, mereka akan menyelaras sebahagian daripada majlis penasihat yang khusus untuk membina ekosistem TVET di Malaysia.

Disamping itu, Dewan Perniagaan Jerman akan memainkan peranan dalam mempromosikan program GDVT (German Dual Vocational Training) yang akan melibatkan penyertaan industri Malaysia.

Artikel lain: Bukan ‘Buat Muka’, Mata Ahmad Zahid Lebam Kerana Pembedahan Saraf

Tindakan ini akan membantu menyelaraskan tenaga kerja mahir Malaysia bersesuaian piawaian Jerman dan seterusnya menjadikan mereka berdaya saing dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada perjumpaan yang sama, Ahmad Zahid juga berkesempatan menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Jerman-Malaysia (GMI) dan TH Bradenburg University of Applied Science di universiti itu.

MoU tersebut bertujuan untuk mewujudkan kerjasama akademik untuk pelajar Jerman A-level (GAPP) dalam meneroka laluan pengajian untuk graduan Diploma GMI, peluang latihan tenaga pengajar (ToT) dan mewujudkan Program Pertukaran Kakitangan GMI.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga merupakan Pengerusi TVET negara berkata masa depan TVET semakin cerah, tambahan dengan kerjasama antara institusi TVET yang mantap seperti di Jerman.

“Kejayaan pelan tindakan ini nanti akan bergantung pada dedikasi, kerjasama yang berkesan dan akses kepada perkongsian kepakaran yang sedia ada.
“Insya-Allah, dengan komitmen dan kerjasama yang utuh, saya yakin seperti di Jerman, Jepun, dan banyak negara maju lain – TVET akan menjadi pilihan utama pelajar dan menjadi penyumbang utama kepada tenaga kerja negara,” katanya.

Ahmad Zahid turut diiringi oleh Pengerusi MARA, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalam Ketua Pengarah MARA, Datuk Zulfikri Osman, dan Ketua Pegawai Eksekutif GMI, Ahmad Solihin.

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial yang berasal dari Sumatera Indonesia bertindak mengkritik seorang wakil rakyat mengenai kerosakan jalan di Kabupaten Lampung Selatan melalui beberapa hantaran...

Dunia

Bekas menteri di Kazakhstan dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun atas kesalahan memukul dan membunuh isterinya pada November tahun lalu. Memetik laporan The Astana Times,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd