Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Diaspora Malaysia di Shanghai Perlu Jadi Jambatan Penghubung Rakyat – Fadillah

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyatakan hasrat mahu diaspora Malaysia di bandar raya Shanghai, China bertindak sebagai jambatan menghubungkan rakyat kepada rakyat.

Ia bertujuan membantu meningkatkan pemahaman dalam aspek silang budaya dan fakrik sosial antara masyarakat di seluruh dunia.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, terdapat pelbagai cara untuk diaspora memanfaatkan bakat mereka biarpun dari luar negara.

“Saya difahamkan bahawa ramai rakyat Malaysia yang bermastautin di China yang telah lama menyumbang kepada hubungan mesra antara kedua-dua negara.
“Saya turut dimaklumkan bahawa rakyat Malaysia di sini, individu dan secara berkumpulan sama-sama memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada konsulat dan antara satu sama lain ketika pandemik (COVID-19) di Shanghai, selain mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra dengan diaspora Malaysia pada Selasa.

diaspora Malaysia

Beliau juga meluahkan rasa gembira kerana dapat berjumpa dan menyantuni 160 diaspora Malaysia di Shanghai, China. Malah, turut berbangga dengan pencapaian anak-anak Malaysia di mana mereka berada.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dari bidang akademik ke teknologi, hiburan ke sukan dan melangkaui banyak lagi, begitu banyak kisah kejayaan anak Malaysia dalam pelbagai bidang di luar negara, ada yang memang diketahui umum, ada juga secara senyap, membina kejayaan cemerlang menerusi kepakaran.
“Saya percaya diaspora Malaysia di bandar raya Shanghai boleh bertindak sebagai jambatan penghubung antara rakyat dengan rakyat ke arah membantu meningkatkan pemahaman dalam aspek silang budaya dan fabrik sosial antara masyarakat di seluruh dunia,”katanya lagi.

diaspora Malaysia

Artikel lain: Malaysia Akan Terus Jaga Hubungan Rapat Dengan Amerika Syarikat & China

Turut hadir bersama, Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin, Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai, Syed Farizal Aminy Syed Mohamad dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan) Kementerian Perladangan dan Komoditi, Abdul Hadi Omar.

Beliau turut memperkenalkan beberapa dasar antaranya Ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) bagi memacu ekonomi negara.

Selain itu, beliau turut menerangkan mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 yang memberi keutamaan dan penekanan terhadap dasar yang mengambil kira tadbir urus dan akauntabiliti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: FB Fadillah Yusof, BERNAMA 

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd