Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Destini Dapat Kontrak Bernilai RM33.05 Juta Bagi Selenggara Kelengkapan Pesawat

Destini Bhd mendapat kontrak bernilai RM33.05 juta daripada Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan untuk peralatan keselamatan dan survival kelengkapan pesawat melalui anak syarikatnya, iaitu Destini Prima Sdn Bhd.

Menurut laporan Berita Harian, wakil syarikat itu berkata, kontrak tiga tahun itu bermula hari ini hingga 10 November 2027 seperti yang dimaklumkan kepada Bursa Malaysia.

Foto: Berita Harian

“Syarikat juga diminta menyediakan bon prestasi sebanyak RM550,800 serta melaksanakan ‘Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) – Ready to Work’ dan kos ditanggung oleh DPSB,” katanya.

Menerusi kenyataan berasingan pula, penyedia penyelesaian kejuruteraan bersepadu tersebut berkata, kontrak baharu itu telah melonjakkan nilai perolehan kontrak melebihi RM800 juta sekali gus meningkatkan aliran pendapatan kumpulan sehingga 2027.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru itu, Pengarah Eksekutif Destini, Ismail Mustaffa menyatakan, kontrak berkenaan dijangka membawa kesan positif yang memberangsangkan kepada prestasi kewangan Destini.

Foto: Destini Group

Bukan itu sahaja, impak positif lain adalah mampu menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan serta mengukuhkan aset bersih bermula pada tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025, serta sepanjang tempoh kontrak.

“Nilai perolehan kontrak syarikat semasa kami meningkat kepada kira-kira RM824 juta manakala nilai tender dianggakan kira-kira RM777 juta.
“Kontrak ini mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi kumpulan untuk mengekalkan piawaian tertinggi dalam penyenggaraan dan keselamatan aset kritikal tentera udara,” ujarnya.

Foto: The Star

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, pada Januari 2022, Destini Bhd telah memperolehi dua kontrak daripada MINDEF secara keseluruhan bernilai RM89 juta untuk menyediakan perkhidmatan kepada ketenteraan.

Kontrak pertama adalah lanjutan kepada kontrak sedia ada bagi menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat (MRO) serta membekalkan peralatan berkaitan keselamatan dan kelangsungan hidup kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kontrak kedua pula, menyediakan perkhidmatan MRO serta membekal peralatan keselamatan dan kelangsungan hidup untuk Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) bagi tempoh tiga tahun akan datang dengan nilai kontrak RM990,000.

Sumber: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd