Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Demi Palestin, ‘Hamba Allah’ Pasir Gudang Pembida Tertinggi Jam Rolex – Dr Zulkifli

Dr Zulkifli

Urusan jual beli dan serahan jam tangan Rolex kesayangan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kepada individu yang membuat bidaan dengan nilai RM135,000 dilakukan dalam satu sesi tertutup hari ini.

Difahamkan, jam bekenaan dibida dengan nilai tertinggi oleh seorang Hamba Allah yang datang dari Pasir Gudang, Johor pada tujuh minit sebelum tempoh bidaan ditutup.

“Alhamdulillah, telah sempurna penyerahan jam Rolex saya yang merupakan kurniaan Raja Arab Saudi, DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz Alsaud hafizahullahu ta’ala kepada pemilik baharunya, seorang “Hamba Allah” dari Pasir Gudang, Johor,”tulisnya.

Dr Zulkifli

Dr Zulkifli sayang, bida jam demi Palestin

Kongsi Dr. Zulkifli, pembida tersebut sebak dan menangis apabila soal mengenai alasannya membida jam berkenaan pada nilai RM135,000 pada 7 minit terakhir sebelum jam 12 tengah malam semalam.

“Jawapannya kerana ia adalah derma kurnia Raja Arab Saudi, milik saya, dan demi Palestin,”katanya.

Dalam hantaran yang sama, Dr Zulkifli memaklumkan beliau dalam perjalanan ke Abu Dhabi untuk menghadiri mesyuarat tahunan bersama Syeikhul Azhar.

Beliau juga akan singgah sebentar ke Jordan bagi menyerahkan sendiri RM100,000 kepada pelarian Palestin di Amman, melalui Muslim Care Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dr Zulkifli

Baki nilai bidaan tersebut akan diserahkan kepada 8 NGO terpilih iaitu MERCY Malaysia, Global Peace Malaysia, Cinta Gaza, Aqsa Syarif, PAS Relief, MAPIM, Aman Palestin dan MyFundAction.

“Saya sayang jam ini, tetapi saya lebih sayang saudara kita di Palestin. Semoha ini menjadi sejuzuk saksi pengorbanan kecil kami untuk Palestin,”luahnya.

Sebelum ini, media melaporkan Dr Zulkifli membuat lelongan jam tangan Rolex pemberian Raja Arab Saudi berjumlah RM40,000. Ia dilakukan sebagai tanda meraikan kesungguhan kerajaan di bawah kepimpinan Raja Salman menyalurkan sumbangan berbilion dolar kepada Palestin.

Artikel lain: Dr Zulkifli Lelong Jam Rolex, Hasil Bidaan Disalurkan Kepada Palestin

Dr Zulkifli jam

Sumber: IG @drzulkifli.albakri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd