Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Demi Menjaga Kebajikan Rakyat, Subsidi Ayam & Telur Tetap Diteruskan

Demi menjaga kebajikan rakyat, kerajaan hari ini mengumumkan akan meneruskan pemberian subsidi dan kawalan harga ayam serta telur selepas 1 Julai ini.

Menurut laporan Utusan Malaysia, perkara tersebut disahkan sendiri oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Jelasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk meneruskan cadangan dua kementerian tersebut bagi memastikan kebajikan rakyat terbela.

“Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira semua aspek termasuk memastikan industri ayam dan telur kekal mampan dan kebajikan rakyat terus terbela.
“Pemberian subsidi dan kawalan harga ini dibuat demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara selaras dengan aspirasi Kerajaan Malaysia Madani,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad Sabu memaklumkan subsidi untuk ayam dan telur akan dihapuskan bermula 1 Julai depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Februari lalu memutuskan untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2023.

Pada Februari lalu Sabu telah merancang untuk mengapungkan harga ayam dan telur selepas 30 Jun. Tambahnya, pemberian subsidi tersebut sehingga Jun telah menyebabkan kerajaan menanggung sejumlah kos yang besar iaitu berjumlah RM1.28 bilion.

Sumber: Utusan Malaysia (Mohd Husni Mohd Noor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd