Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

DBKL Kecewa Dataran Merdeka Dipenuhi Sampah Selepas Final Piala Dunia 2026

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung aksi final Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan Argentina awal pagi tadi.

Menurut DBKL, walaupun sambutan berlangsung dalam suasana penuh semangat dan kemeriahan, kawasan bersejarah itu ditinggalkan dalam keadaan yang tidak mencerminkan sikap bertanggungjawab terhadap kebersihan ruang awam.

DBKL berkata, pihaknya akan menjalankan kerja-kerja pembersihan seperti biasa menerusi petugas yang ditugaskan.

“DBKL akan membersihkannya. Petugas kami akan turun mengutip apa yang ditinggalkan, tetapi kebersihan Kuala Lumpur tidak seharusnya sentiasa bergantung pada orang lain yang datang membersihkan selepas kita pulang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam masa sama, DBKL mengingatkan bahawa Dataran Merdeka bukan sekadar lokasi tumpuan orang ramai, malah merupakan simbol sejarah dan maruah negara yang perlu dipelihara oleh setiap lapisan masyarakat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dataran Merdeka ialah lambang maruah dan sejarah negara. Cara kita meninggalkannya mencerminkan cara kita menghargainya,” ujarnya.

DBKL turut menegaskan bahawa orang ramai bebas meraikan sesuatu acara dengan penuh semangat, namun kegembiraan itu perlu disertai dengan rasa tanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran.

Menurutnya, tahap kemajuan sesebuah bandar bukan hanya diukur melalui kehadiran orang ramai ke sesuatu acara, tetapi juga melalui keadaan kawasan tersebut selepas acara berakhir.

“Kita boleh meraikan dengan meriah. Kita boleh bersorak sepuasnya tetapi kebebasan untuk bergembira tidak pernah bermaksud kebebasan untuk mengotorkan ruang milik bersama.
“Kota yang hebat bukan hanya dinilai ketika orang ramai datang tetapi melalui keadaan yang mereka tinggalkan apabila pulang,” tegas DBKL.

Sehubungan itu, DBKL menyeru seluruh warga kota agar mengamalkan sikap lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan kemudahan awam demi memastikan Kuala Lumpur kekal bersih, indah dan selesa untuk semua.

“Kuala Lumpur ialah rumah kita. Jagalah seperti kita menjaga rumah sendiri,” ujarnya.

Sumber: Facebook DBKL

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd