Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Datuk Dipenjara 36 Tahun, 24 Sebatan Perkosa Cucu Hingga Lahirkan Bayi

Seorang lelaki warga asing berusia 52 tahun dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah merogol cucu tirinya sehingga mangsa melahirkan seorang bayi lelaki.

Datuk mengaku bersalah

Menurut laporan Harian Metro, Hakim Zaini Fisher @ Fisal menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah terhadap dua pertuduhan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 16(1) dan 26(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

datuk

Mengikut pertuduhan, kejadian pertama berlaku pada 13 Oktober lalu kira-kira jam 9 pagi di sebuah kampung dalam daerah ini, manakala kejadian kedua berlaku dua hari kemudian, pada 15 Oktober, di sebuah kebun berdekatan kampung sama.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan, manakala bagi pertuduhan kedua, dia menerima hukuman sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Bapa Mengaku Rogol Anak Dipenjara 10 Tahun, 10 Sebatan

Selain itu, bagi dua pertuduhan tambahan mengikut Seksyen 16(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, datuk tersebut turut dihukum penjara tiga tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah memerintahkan semua hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh tangkapan. Selepas selesai menjalani hukuman, tertuduh akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk diusir pulang ke negara asal.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azizi Hamil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

datuk

Berdasarkan fakta kes, selepas perceraian ibu bapanya, mangsa bersama dua adiknya tinggal bersama datuk tiri dan nenek mereka.

Tertuduh akhirnya ditahan pada 23 Julai lalu di sebuah ladang di Batu 36, daerah ini, selepas ibu kandung mangsa membuat laporan polis mendakwa anaknya melahirkan bayi akibat perbuatan rogol tertuduh.

Sumber: Harian Metro (Poliana Ronnie Sidom)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd