Seorang lelaki yang sebelum ini tular mendakwa isterinya keluar dengan lelaki lain tampil memohon maaf selepas mengakui berkemungkinan berpunca daripada salah faham.
Menerusi satu video penjelasan, dia menyedari kesilapan selepas isu tersebut menjadi tular di media sosial dengan mengaitkan isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain.
Menurutnya, kedua-dua individu terbabit telah pun memohon maaf kepadanya dan selepas menilai semula keadaan, dia mengakui tindakannya membuat andaian awal adalah tidak berasas.
“Assalamualaikum, baru-baru ini ada viral berkenaan isteri saya berjumpa dengan seorang lelaki. Di situ isteri saya dan lelaki tersebut sudah minta maaf dan saya tersalah sangka. Saya dalam keadaan emosi, tak fikir panjang,” katanya.
Video penjelasan dan tular tersebut dimuat naik seorang pengguna Threads, @shafiq_abdullah1 pada Isnin.
Dia turut bertanggungjawab menyebarkan video terbabit sehingga ia menjadi bahan perbualan umum sekali gus menjejaskan privasi keluarganya sendiri.
Dalam masa sama, dia memohon agar mana-mana pihak yang telah berkongsi atau menyebarkan semula video berkenaan supaya memadamkannya bagi mengelakkan isu terus berpanjangan.
“Saya viralkan benda ini dan ia tersebar. Salah saya sebarkan aib rumah tangga saya sendiri dan saya minta maaf. Andai kata video yang saya viral itu tersebar meluas, saya minta tolong padam dan saya tak nak benda ini berpanjangan.
“Saya emosi, fikir bukan-bukan dan saya minta maaf kepada semua atas apa yang saya buat,” ujarnya.
Sementara itu, seorang wanita mengaku dirinya dalam video tular itu tampil memberikan penjelasan bahawa dia berada di lokasi kejadian untuk mengambil wang hasil perniagaan yang dijalankan.
Dah terbiasa kena tuduh curang?
Terdahulu, video tular berdurasi 28 saat itu memaparkan seorang wanita yang sedang duduk di atas sebuah motosikal dipersoal suaminya kerana keluar bersama lelaki lain.
Sumber: Threads @shafiq_abdullah1, @s0feajefferi







































