Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Cukai 10% Pembelian Online Bawah RM500 Hanya Untuk Produk Import

Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil memaklumkan yang cukai 10% untuk pembelian ‘online’ di bawah RM500 hanya terpakai untuk produk import sahaja.

Memetik laporan dari Bernama, Fahmi menjelaskan isu tersebut susulan salah faham beberapa pihak berhubung cukai yang akan dikuatkuasa pada 1 Januari 2024 nanti.

Cukai 10% pembelian online produk import

Menurutnya lagi, perkara tersebut dilakukan bagi memastikan daya saing produk tempatan dapat ditingkatkan dan cukai itu tidak memberi kesan kepada produk dalam negara yang dibeli dalam talian.

“Yang penting untuk dijelaskan ia hanya terpakai bagi produk import  yang dijual secara dalam talian di Malaysia. Produk  yang dihasilkan dalam negara tidak terkesan, jadi saya harap ini dapat kurangkan salah faham dalam kalangan masyarakat tentang cukai tersebut.
“Kita boleh rujuk laman rasmi Jabatan Kastam untuk maklumat  lebih terperinci dan dari semasa ke semasa kita akan pantau untuk pastikan adakah rakyat terutama penjual dan pembeli yang laksanakan transaksi dalam talian benar-benar faham kenapa ia dilaksanakan dan apa kategori produk yang terkesan,” katanya.

Artikel lain: Ismail Sabri Cadang GST Diperkenal Semula

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memaklumkan negara akan mula mengenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus ke atas barang bernilai rendah (LVG) diimport yang dijual secara dalam talian mulai 1 Januari 2024.

Ia telah mendapat pelbagai respon daripada rakyat terutama warganet kerana bimbang ia akan menjejaskan kerancakan ekonomi negara lebih-lebih lagi peniaga atas talian.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd