Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Cium Pipi Jin BTS, Wanita Jepun Usia 50-an Bakal Didakwa Di Mahkamah

Cium Jin BTS, wanita Jepun didakwa

Seorang wanita asal Jepun akan dikenakan tindakan setelah didakwa atas kesalahan melakukan gangguan seksual terhadap salah seorang anggota kumpulan BTS iaitu Jin.

Cium Jin BTS, wanita Jepun didakwa

Cium Jin BTS, wanita Jepun didakwa

Menurut laporan NHK World, wanita yang dipercayai berumur sekitar 50-an itu didakwa mencium pipi Jin dalam sesi bertemu peminat yang diadakan pada 13 Jun tahun lalu sehari selepas penyanyi itu menamatkan latihan ketenteraan.

Dalam pada itu, foto dan video wanita tersebut mencium Jin telah tular di media sosial dan perbuatan itu mendapat kecaman hebat sehingga ramai peminat yang telah membuat laporan polis terhadap insiden terbabit.

Sehubungan itu, pihak polis Korea Selatan telah melakukan siasatan awal sebelum kes ini dihantar kepada pendakwa raya atas tuduhan melanggar akta jenayah seksual.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cium Jin BTS, wanita Jepun didakwa

Terdahulu, media melaporkan Balai Polis Songpa di Seoul telah mengesahkan menerima aduan tersebut menerusi sistem Petisyen Kebangsaan ekoran pelanggaran Akta Hukuman Keganasan Seksual.

Artikel lain: Tamat Latihan Tentera, Jin BTS Bakal Sertai Larian Obor Sukan Olimpik Paris 2024

Untuk rekod, 13 Jun tahun lalu, Jin telah menganjurkan acara bertemu peminat di Gimnasium Tertutup Jamsil, Seoul dan menunaikan janji memberi pelukan percuma kepada 1,000 peminat bertuah.

Acara itu juga berlangsung sempena ulang tahun ke-11 penubuhan BTS dan penamatan latihan ketenteraannya pada 12 Jun 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: NHK World

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd