Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Cikgu Zack Kirana Tegur Kesalahan Ejaan – “Ramadan Bukan Ramadhan”

Pempengaruh media sosial dan juga guru selebriti, Cikgu Zack Kirana menjadi perhatian ramai apabila menegur kesalahan ejaan perkataan Ramadan yang sering dilakukan oleh kebanyakan masyarakat.

Tegur kesalahan ejaan

cikgu zack kirana Tegur kesalahan ejaan

Menerusi perkongsian di Instagram, Cikgu Zack Kirana memberitahu bahawa ejaan yang betul dalam bahasa Melayu adalah ‘Ramadan’ dan bukannya ‘Ramadhan’.

https://www.instagram.com/p/DVDQuCkCfWc/

“Ejaan sebenar adalah Ramadan. Kita tidak boleh menggantikan fungsi huruf ‘dhot’ dengan ‘dh’ dalam bahasa Melayu.
“Kita juga tidak boleh samakan ejaan bahasa Melayu dengan bahasa Arab. Jika nak mengikut bahasa Arab, maka ejaan perlu ditulis sepenuhnya dalam tulisan Arab.
“Dalam bahasa Melayu, huruf ‘dhot’ dan ‘dhal’ dieja sebagai ‘d’, manakala ‘kofh’ dan ‘kafh’ dieja dengan ‘k’, serta ‘thot’ dan ‘ta’ dieja sebagai ‘t’,” terang Zack, semalam.

Kongsinya lagi, perbezaan sebenar antara ejaan  ‘Ramadan’ dan ‘Ramadhan’ boleh dilihat dari segi sebutan, sama ada menggunakan lelangit keras atau lelangit lembut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Cara sebutan sahaja yang berbeza, iaitu penggunaan lelangit keras atau lelangit lembut,” jelasnya.

Artikel lain: Peperiksaan Tidak Membebankan, Tetapi Silibus Terlalu Padat – Ahli Dewan Negara

Meninjau ke ruangan komen, netizen teruja mendengar penjelasan yang diberi dan mula menyedari kesilapan yang selama ini kerap dilakukan kerana kurangnya pencerahan.

Malah ada juga yang memita agar konten sebegitu dapat diteruskan lagi bagi memberi manfaat kepada masyarakat supaya lebih peka dengan penggunaan perkataan Bahasa Melayu yang betul.

Baru tahu ejaan yang betul

Terima kasih cikgu

Info berguna

Sumber: Instagram zackkirana

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd