Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

China Beri Sokongan Penuh Penyertaan Malaysia Dalam BRICS

China menzahirkan sokongan penuh terhadap penyertaan Malaysia sebagai anggota penuh BRICS, satu penghormatan besar yang disifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tanda kepercayaan terhadap peranan Malaysia di pentas dunia.

Sokongan itu dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika menerima kunjungan hormat Anwar di Great Hall of the People, Beijing pada Selasa.

Pertemuan berkenaan menjadi kemuncak lawatan kerja Perdana Menteri ke China.

China

Foto: FB Anwar Ibrahim

“Saya amat menghargai keikhlasan persahabatan yang dizahirkan Presiden Xi serta penghormatan yang diberikan kepada Malaysia.
“Meskipun kita sebuah negara kecil, keyakinan, saling percaya dan tekad bersama berupaya menjadi kekuatan besar untuk membentuk masa depan yang lebih aman, adil dan makmur,” kata Anwar dalam satu kenyataan di Facebook.

Artikel lain: Tak Perlu Visa! Rakyat Malaysia Kini Bebas Melancong Ke China Selama 30 Hari

Anwar turut menyifatkan sokongan itu sebagai bukti kepercayaan negara tersebut terhadap potensi Malaysia, terutama dalam memainkan peranan strategik dalam kerjasama antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BRICS, yang ditubuhkan pada 2009, kini dianggotai 11 negara termasuk Brazil, Rusia, India, China, Mesir dan Afrika Selatan dimana Malaysia menjadi negara rakan BRICS pada awal tahun ini.

China

Foto: FB Anwar Ibrahim

Selain isu BRICS, pertemuan itu turut menekankan usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–China. Ia susulan lawatan negara Presiden Xi ke Malaysia pada April lalu yang menyaksikan pemeteraian 31 memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian.

“Alhamdulillah, saya dan Presiden Xi senada untuk terus memperkukuh persahabatan ini berteraskan kepercayaan, hormat dan keikhlasan.
“Hubungan ini mesti diterjemah dengan pelaksanaan segera terhadap perkara yang telah dipersetujui agar impaknya lebih bermakna buat rakyat kedua-dua negara,” jelas Anwar.

Beliau juga menyatakan sokongan terhadap inisiatif besar yang digagaskan China, termasuk Belt and Road Initiative (BRI) dan Global Governance Initiative (GGI) yang diketengahkan dalam Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO).

China

Foto: FB Anwar Ibrahim

China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut, dengan nilai perdagangan dua hala mencecah AS$106 bilion pada tahun lalu.

Malaysia komited untuk memperkukuh eksport bernilai tingi dalam sektor E&E, aeroangkasa, perubatan, farmaseutikal serta minyak dan gas.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd