Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Cemburu Bertukar Tragedi, Tukang Kebun Didakwa Bunuh Teman Lelaki Bekas Kekasih

Seorang tukang kebun dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh teman lelaki kepada bekas kekasihnya dalam kejadian yang berlaku minggu lalu.

Didakwa mahkamah hari ini

Foto: Sinar Harian

Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh, Mohammad Farizzal Fazly Mohd Zulkifli, 30, dilihat mengangguk tanda memahami pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan, Mohammad Farizzal didakwa menyebabkan kematian seorang kontraktor, Muhammad Fahmi Abdullah, 29, di tepi jalan utama Jalan Trans Perak dalam Daerah Perak Tengah antara jam 4.30 pagi hingga 5.49 pagi pada 10 Jun lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun. Jika tidak dijatuhi hukuman mati, pesalah juga boleh dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Sinar Harian

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh dan menetapkan 20 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan laporan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Jagdeep Singh Jaswant Singh, manakala tertuduh hadir tanpa diwakili peguam.

Artikel lain: Polis Tahan Suspek Bunuh Teman Lelaki Bekas Kekasih

Khamis lalu, media melaporkan seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tikam sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki di Kilometer 12, Jalan Trans Perak berhampiran Kampung Gajah berjaya diberkas di Terminal Bas Perlis Sentral, Kangar, Perlis kira-kira jam 3.35 petang pada Rabu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin, berkata tangkapan tersebut dilakukan hasil operasi sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak dengan kerjasama JSJ Perlis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd