Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Budak Palestin Terpaksa Hisap Susu Lembu Demi Hilangkan Lapar, Dahaga

Tular di media sosial, seorang budak Palestin hisap susu lembu bagi mendapatkan susu untuk mengisi perut telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @madame.gebugebas di laman TikToknya, kelihatan kanak-kanak perempuan berada di samping seekor lembu betina di sebuah kawasan.

Budak Palestin hisap susu lembu

@madame.gebugebas

Masyaallah nak…semoga perut mu terisi dan kenyang dengan minuman itu. #israelcuak #israelkejam🇮🇱🇮🇱 #israelbangsat

♬ Atouna El Toufoule – Embun Senja

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Meraung Kesakitan, Budak Palestin Tenang Selepas Dengar Surah Al-Fatihah

“Semoga hilang dahaga mu dan kenyang perut mu wahai anak..” ujar pemilik video di ruangan kapsyen.

Ramai netizen sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak nasib yang menimpa kanak-kanak tersebut yang terpaksa menjamah susu lembu demi mengisi perutnya.

Lembu pun seakan-akan memahami keadaan

Bukan itu sahaja, ramai juga terkejut dengan haiwan tersebut yang tidak memberikan sebarang reaksi malah seakan-akan memahami kesengsaraan yang dialami kanak-kanak tersebut yang terpaksa meneruskan kehidupan.

Sekadar info, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza, Jumlah rakyat Palestin yang terkorban akibat serangan udara tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lalu, kini meningkat kepada 7,028 orang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jurucakap kementerian Ashraf al-Qedra pada sidang media berkata angka kematian akibat pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza mencecah 7,028 orang, termasuk 2,913 kanak-kanak, 1,709 wanita dan 397 warga emas.

Manakala sejumlah 18,484 lagi rakyat Palestin cedera.

Sumber: TikTok @madame.gebugebas

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd