Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Buat Hubungan Intim Dengan Pelajar, Guru Miliki 2 Juta ‘Followers’ TikTok Ditahan

Seorang lelaki berbangsa Inggeris telah ditahan di Bangkok, Thailand atas dakwaan melakukan hubungan intim dengan pelajar pada 29 Ogos lalu.

Menurut Mail Online, Luke Rockwell menghubungi pelajar perempuan tersebut melalui media sosial sebelum melakukan hubungan intim sambil merakamnya dan menyuruh mangsa merahsiakan hubungan mereka.

 

Ibu kepada pelajar berumur 16 tahun itu telah menghantar anaknya ke hospital apabila mangsa mengadu sakit perut dan di bahagian sulitnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebaik sahaja ibu kepada pelajar itu mengetahui anak perempuannya telah dijangkiti penyakit kelamin (STD), klamidia dan gonorea, dia terus melaporkan hal tersebut kepada polis.

Guru berasal dari Melbourne, Florida tersebut telah ditahan di rumahnya atas dakwaan “seks bersama kanak-kanak bawah umur” dan “merakam perbuatan tersebut”.

Tambah ibu kepada pelajar tersebut, anaknya sering berbalas mesej bersama guru berusia 29 tahun itu menggunakan telefonnya dan memadam perbualan mereka sebaik sahaja mereka selesai berbual.

Pelajar itu juga mendedahkan bahawa ketika dia dan Rockwell melakukan hubungan intim buat kali pertama, guru tersebut memakai perlindungan namun selepas daripada itu, dia tidak lagi memakainya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rockwell berjanji untuk menanggung kos perubatan pelajar tersebut selepas dia dihubungi oleh mangsa mengenai  jangkitan penyakit kelamin (STD) yang diperolehnya.

“Saya laporkan hal ini kepada polis bukan untuk wang atau pampasan. Tapi saya mahu wanita dan kanak-kanak tahu jahatnya Teacher Luke dan tiada lagi yang akan menjadi mangsa kepada cikgu ini,” ujar ibu kepada pelajar tersebut.

Rockwell mempunyai lebih daripada dua juta pengikut di laman TikToknya yang mana kebanyakkannya merupakan remaja perempuan.

Dia yang merupakan graduan dari University of Central Florida pernah mengajar subjek Bahasa Inggeris beberapa sekolah di Bangkok, Thailand dan salah satunya ialah Wall Street English College.

Rockwell berkenalan dengan pelajar tersebut di sekolah lama yang pernah dia mengajar dan berbual melalui salah satu laman Instagramnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kata ibu kepada pelajar itu lagi, anaknya merupakan remaja”bermasalah” yang telah diambil sebagai anak angkat ketika berusia tiga tahun.

“Anak saya masih tidak fasih berbahasa Thai dan dia tidak mempunyai rakan yang ramai di sini. Dia benar-benar percaya Teacher Luke cintakan dirinya,” tambah ibu kepada pelajar tersebut.

Selepas ditahan, Luke Rockwell mengaku dia melakukan hubungan intim bersama pelajar bawah umur tersebut.

Sumber: Mail Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial yang berasal dari Sumatera Indonesia bertindak mengkritik seorang wakil rakyat mengenai kerosakan jalan di Kabupaten Lampung Selatan melalui beberapa hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd