Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Brunei DPMM FC Sah Sertai Liga Super Malaysia

Kelab bola sepak terkemuka dari Brunei, DPMM FC, hari ini mengesahkan penyertaan mereka dalam saingan Liga Super Malaysia musim 2025-2026, meskipun Liga Bolasepak Malaysia (MFL) masih belum mendedahkan jumlah rasmi pasukan yang akan bersaing musim depan.

Menurut laporan Bernama, pengumuman tersebut dibuat menerusi satu kenyataan rasmi kelab berkenaan susulan pemilihan pemain pertahanan Penang FC, Mohmmad Fairuz Zakaria, sebagai pemain baharu mereka.

Foto: Sinar Harian

Lebih menarik, DPMM turut memaklumkan bahawa pemain dari Brunei dan Malaysia akan dikategorikan sebagai pemain tempatan bagi kelab itu, dah ianya adalah sesuatu yang dianggap sebagai satu perkembangan positif dan menggembirakan.

“Fairuz Zakaria merupakan pemain Malaysia pertama menyarung jersi DPMM. Berusia 27 tahun, pemain itu telah beraksi secara tetap dengan Penang FC musim lepas
“DPMM berharap beliau akan tampil cemerlang bersama pasukan ini pada musim depan,” katanya.

Foto: Media Sosial

Dalam pada itu, situasi penyertaan pasukan lain dalam Liga Super 2025-2026 masih belum jelas apabila badan bebas First Instance Body (FIB) pada Jumaat lalu mengumumkan bahawa proses semakan dokumen bagi permohonan Lesen Kebangsaan masih berlangsung. Beberapa laporan media turut mendakwa terdapat beberapa pasukan yang dijangka menarik diri daripada saingan musim hadapan.

DPMM FC kini sedang melengkapkan baki perlawanan dalam Liga Perdana Singapura sebelum menamatkan kempen liga mereka tahun ini. Kelab itu merupakan satu-satunya pasukan bola sepak profesional dari Brunei dan berpengalaman luas dalam pelbagai saingan serantau.

Sumber: Bernama 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd