Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Beza Agama Bukan Penghalang, Rizky Febian Bertunang Dengan Mahalini

Pasangan selebriti Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini rasmi bertunang apabila mengadakan majlis tersebut secara tertutup semalam.

Majlis dijalankan secara tertutup

Memetik laporan dari detik.com, Rizky dan Mahalini yang sudah setahun menjalinkan hubungan cinta telah  melangsungkan pertunangan dengan dihadiri ahli keluarga terdekat dan juga sahabat handai di The Langham Jakarta, SCBD, Jakarta Selatan.

Rizky atau nama sebenarnya, Rizky Febian Adriansyah Sutisna dilihat memberi ucapan sewaktu pertunangan tersebut dengan mengatakan yang dia mempunyai niat tulus dalam mempersuntingkan Mahalini.

“Hari ini sangat istimewa buat saya. Ketika ini, saya tidak sendiri. Saya bersama keluarga besar dan begitu juga Mahalini bersama keluarga besarnya.
“Saya memiliki niat menjadi seorang dengan peribadi lebih baik, mempunyai tujuan tulus.
“Mungkin saya tidak sempurna masih banyak kekurangan dalam diri saya. Tapi izinkan saya memperbaikinya bersama-sama Mahalini,” kata.

Rizky menyarungkan cincin ke jari Mahalini dihadapan keluarga penyanyi lagu Sial itu berserta tetamu yang hadir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain cincin, anak kepada pelawak terkenal Indonesia, Sule itu turut memberikan beberapa lagi seserahan kepada pasangannya.

Untuk rekod, Rizky Febian dan Mahali atau nama sebenarnya, Ni Luh KetutMahalini Ayu Raharja hampir setahun menjalinkan hubungan cinta.

Mereka juga dilihat antara pasangan kekasih yang sangat romantis walaupun berbeza agama dan kerap mendapat perhatian media Indonesia.

Sumber: detik.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd