Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Bersyukur Jadi Tetamu Allah, Raffi Ahmad Dan Nagita Slavina Tiba Di Tanah Suci

Pasangan selebriti Indonesia, Raffi Ahmad dan Nagita Slavina tiba di Tanah Suci Makkah untuk melaksanakan ibadah haji bersama tujuh ahli keluarga serta tiga pekerja pengurusan yang lain pada Isnin.

Menerusi satu laporan TribunNews, Raffi berkongsikan pengalamannya sepanjang perjalanan menuju ke Tanah Suci bersama keluarga kerana sentiasa diberikan kemudahan dan kenikmatan.

Foto: IG @raffinagita1717

“Tadi kami sempat solat subuh dulu, selepas solat subuh terus mulakan perjalanan. Setiap pemberhentian ada pemeriksaan dulu, untuk pemeriksaan visa kerana risau visa haji kami tidak sah, tapi visa kami semua tiada masalah.
“Alhamdulillah untuk perjalanan Haji Furoda ini diberikan kenikmatan, sebab itulah kalau pergi haji tu kita semua jangan terlalu banyak protes, lalui saja semua dengan ikhlas, kerana kita adalah tetamu Allah SWT,” katanya.

Foto: IG @raffinagita1717

Advertisement. Scroll to continue reading.

Raffi juga berkata, sepanjang perjalanan dia sentiasa berdoa dan memuji-muji Allah SWT sebelum melakukan tawaf sebaik tiba di Tanah Suci.

“Masyaallah tadi sudah tawaf, saya pakai topeng muka kerana kalau memang alasannya untuk kesihatan dibolehkan. Perlu kekalkan kesihatan supaya nanti mampu melakukan kewajiban-kewajiban untuk menunaikan ibadah haji,” jelasnya.

Sementara itu, melalui satu hantaran di akaun Instagram rasminya @raffinagita1717 Raffi berkongsi beberapa gambar dan video meluahkan rasa bahagia dan syukurnya kerana terpilih menjadi tetamu Allah SWT untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Foto: IG @raffinagita1717

“Rasa bahagia sekali dan tidak dapat diungkapkan dengan apapun. Alhamdulillah dapat menjadi tetamu undangan Allah, dapat berada di tempat ini lagi. Terima kasih Ya Allah,” tambahnya.

Raffi juga mendoakan para peminatnya serta golongan beragama Islam yang lain agar dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci itu juga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TribunNews (Lanny Latifah)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Lokal

Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, berhampiran susur keluar...

Nasional

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua parti dan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya menghentikan segala bentuk aktiviti berkempen sebaik...

Nasional

Masa depan kewangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus menjadi keutamaan apabila Kementerian Pertahanan (MINDEF) memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh prestasi Lembaga Tabung Angkatan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd