Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Berkat Jaga Ibu, Penoreh Getah Syukur Dapat Tunai Umrah

https://borakdaily.com/wp-admin/media-upload.php?post_id=7705&type=image&TB_iframe=1&width=753&height=697

Siapa sangka, keikhlasan seorang penoreh getah menjaga ibu dibalas dengan ajakan menunaikan ibadat umrah apabila sebuah yayasan berbesar hati menajanya.

Memetik laporan Harian Metro, Zulkifli Hussin,55, meluahkan kesyukuran dan gembira apabila Yayasan Raja Shamri (YRS) menajanya untuk menunaikan ibadat umrah.

Zulkifli berkata, ia adalah keberkatan usahanya yang ikhlas menjadi ibu, Minah Mamat, 88, selama ini sehingga berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

“Saya sentiasa berdoa agar dapat menjejakkan kaki ke Makkah dan beribadah kepada-Nya. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan dan kini semuanya bakal menjadi kenyataan,”ujarnya.

Katanya, dia harus bersyukur dengan rezeki yang diberikan memandangan bukan dalam kalangan orang senang kerana dirinya hanya mengambil upah menoreh getah untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama ibunya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebelum saya keluar menoreh, sudah menjadi rutin harian untuk menguruskan ibu termasuk memastikan dia sudah mandi dan diberi makan sebelum ditinggalkan untuk bekerja mencari wang menyara kehidupan kami dua beranak.

Bercerita mengenai dirinya, Zulkifli mengatakan dia masih bujang dan tidak mahu terlalu memikirkan soal jodoh kerana mahu fokus menjaga ibunya.

Tambahnya, keadaan ibu yang hanya mampu mengesot untuk bergerak, selain tidak dapat melihat jelas susulan implikasi sakit kencing manis membuatkan dia tekad menjaga ‘syurganya’ itu.

“Selagi ibu bernafas, menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga ibu sehingga ke akhir hayat,” katanya.

Terdahulu dua beranak itu menerima kunjungan daripada Pengasas YRS Raja Shamri Raja Husin yang pada masa sama turut menyampaikan sumbangan wang tunai bagi meringankan beban mereka.

Sumber: Harian Metro (Hazira Ahmad Zaidi)

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sosial

Isu pempengaruh Ammar Nazhan yang didakwa menyiarkan secara langsung perlawanan Piala Dunia 2026 di TikTok terus menjadi perhatian ramai apabila orang ramai mempersoalkan tindakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd