Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bercuti Bertukar Tragedi, Tiga Beranak Maut Ketika Sambut Aidilfitri Di Pulau Tioman

Kegembiraan sebuah keluarga yang bercuti di Pulau Tioman sempena Aidilfitri bertukar tragedi apabila tiga beranak maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabas di Jalan Tekek-Juara, petang tadi.

Motosikal terbabas

Memetik laporan daripada Bernama, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Sabri Ja’afar, 42, isterinya Siti Aisyah Suhaime, 32, serta anak lelaki mereka, Muhammad Yusuf Abdurrahman Mohd Sabri, 5.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz dalam perjalanan dari arah air terjun Kampung Juara menuju ke sebuah resort penginapan.


“Apabila sampai di tempat kejadian, yang merupakan kawasan jalan curam berbukit dan tidak rata, motosikal dinaiki tiga beranak itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Mohd Sabri disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala isteri dan anaknya pula menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Tekek dengan kecederaan sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya lagi, hasil siasatan mendapati kesemua mangsa tidak memakai topi keledar ketika kejadian. Selain itu, semakan turut mendapati cukai jalan motosikal milik resort berkenaan telah tamat tempoh sejak Julai 2019.

Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Rompin menggunakan bot Pasukan Polis Marin untuk proses bedah siasat yang dijadualkan pada 10 pagi esok. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Sukan

Petarung negara, Johan Ghazali, terpaksa akur tewas kepada lawan dari Jepun, Shimon Yoshinari, menerusi keputusan juri dalam saingan One Samurai 1 di Arena Ariake,...

Sukan

Bekas bintang Arsenal dan Real Madrid, Mesut Ozil mengakui beliau cukup menggemari makanan pedas dan tidak sabar untuk mencuba lebih banyak hidangan tempatan sepanjang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd