Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Berang Ibu Kahwin Lagi? Lelaki Bakar Rumah Sehingga Nenek Jadi Mangsa Maut

Seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila membakar rumah keluarga sendiri selepas mengetahui ibunya berkahwin lagi tanpa pengetahuan dirinya. Lebih tragis, tindakan itu mengorbankan nyawa neneknya yang terperangkap dalam kebakaran.

Menurut laporan Detik Sulsel, insiden menyayat hati itu berlaku di Jalan Barawaja Timur, Kecamatan Panakkukang, Kota Makassar, Sulawesi Selatan, pada hujung minggu lalu sehingga tular di media sosial.

Suspek yang dikenali sebagai Aries, berusia 36 tahun dipercayai berada dalam keadaan mabuk ketika melakukan perbuatan itu.

Api marak dengan pantas sehingga menyebabkan neneknya, Dg Ngai, 63 tahun maut dalam kebakaran tersebut selepas tidak sempat menyelamatkan diri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Detik Sulsel

Jurucakap polis AKP Aris Satrio berkata, pada awalnya pihak mereka menyangka kebakaran itu daripada perbuatan khianat, namun hasil siasatan lanjut mendedahkan bahawa ia disengajakan oleh Aries.

“Siasatan lanjut akhirnya membongkar perbuatan Aries. Pelaku membakar kediaman keluarganya dengan sengaja. Dia sempat melarikan diri sebelum berjaya diberkas oleh pihak berkuasa,” katanya.

Foto: Metro TV News

Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan, namun polis menerima maklumat bahawa suspek berasa marah dan kecewa kerana ibunya berkahwin baharu tanpa memaklumkan kepadanya.

Aries turut mengalami kesan melecur pada bahagian tangan dan muka akibat kebakaran tersebut.

Dia kini ditahan dan bakal didakwa di bawah Fasal 338 Kanun Keseksaan Indonesia yang membawa hukuman penjara lebih 10 tahun jika disabitkan kesalahan.

Sumber: Detik Sulsel

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sosial

Netizen mendakwa seorang wanita yang dibelasah dan dilanggar suaminya dalam kejadian tular sebelum ini ada meluahkan penantian menunggu lelaki tersebut keluar dari penjara. Menerusi...

Spotlight

Penyanyi sensasi, Justin Bieber mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan konsep luar biasa di festival muzik terkenal, Coachella. Bawa laptop nyanyi lagu lama Memetik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd