Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Bekas TPM Thailand Puji Anwar Ibrahim, Diangkat Sebagai Pemimpin Proaktif Tangani Krisis Myanmar

Bekas TPM Thailand Puji Anwar Ibrahim

Bekas Timbalan Perdana Menteri Thailand, Prof Dr Surakiart Sathirathai memuji Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menerajui ASEAN dengan pendekatan “pragmatisme berprinsip” dalam menyelesaikan krisis Myanmar.

Beliau menyifatkan tindakan Anwar yang telah mengadakan pertemuan dengan ketua tentera Myanmar serta dialog dalam talian dengan pemimpin Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG)  sebagai langkah berani dan proaktif.

“Negara-negara ASEAN harus menyokong Perdana Menteri Anwar dalam meyakinkan semua pihak di Myanmar untuk memulakan gencatan senjata sebenar dan dialog inklusif,” katanya kepada Bernama.

Bekas TPM Thailand Puji Anwar Ibrahim

Surakiart yang juga bekas Menteri Luar Thailand menegaskan bahawa tanpa dialog menyeluruh, pilihan raya yang dirancang junta tentera tidak akan membawa kepada keamanan yang mampan.

“Kalau tiada keamanan, demokrasi tidak akan tercapai. Dan isu bantuan kemanusiaan juga tidak akan selesai,” ujarnya lagi.

Artikel lain: Anwar Ibrahim Terima Anugerah Pingat Tertinggi Republik Peru, El Sol Del Peru

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut menyeru ASEAN dan negara jiran seperti China, Bangladesh dan India untuk menyokong proses keamanan yang diketuai rakyat Myanmar sendiri.

Kenyataan itu hadir ketika para pemimpin ASEAN berkumpul di Kuala Lumpur semalam untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, di bawah Kepengerusian Malaysia bagi tahun 2025 bertemakan Keterangkuman dan Kelestarian, dengan isu Myanmar antara agenda utama.

Sumber: BH Online 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial rakaman video seorang wanita yang menemui suaminya dan perempuan lain sedang berduaan di pusat beli belah. Dalam perkongsian pertama sewaktu...

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Spotlight

Penyanyi sensasi, Justin Bieber mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan konsep luar biasa di festival muzik terkenal, Coachella. Bawa laptop nyanyi lagu lama Memetik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd