Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bekas Akauntan GISBH Insaf, Mahu Tinggalkan Ajaran Menyeleweng

Selepas setahun ditahan reman, bekas akauntan GISBH Holdings Sdn. Bhd. (GISBH), Hamimah Yakub, 72, akhirnya mengaku bersalah atas pertuduhan menjadi anggota pertubuhan menyalahi undang-undang dan meluahkan keinsafannya untuk kembali ke jalan benar.

Bekas akauntan GISBH

Memetik laporan daripada Kosmo!, Hamimah menyatakan yang dirinya sudah setahun tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pihak GISBH sewaktu prosiding di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang bersidang di Kompleks Penjara Kajang, hari ini.

“Saya mengaku kerana saya memang bersalah dan mahu pulang ke jalan yang benar. Sejak setahun (ditahan reman), saya sudah tidak ada apa-apa dengan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH),” katanya.

Bekas akauntan GISBH sudah setahun tak terlibat mana-mana fahaman

Hamimah turut  berjanji untuk tidak terlibat dengan mana-mana fahaman yang menyimpang daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Saya sudah tidak ada kaitan dengan GISBH. Dalam tempoh jaminan pun, saya menjaga hubungan dan tidak lagi berurusan dengan mereka,” katanya selepas prosiding, ditemani peguamnya, Muhammad Nor Tamrin dan Kamal Hisham Ja’afar.

Telah ikuti program pemulihan

Menurut peguamnya, Hamimah merupakan antara tertuduh terawal yang dibebaskan dengan ikat jamin pada 13 Januari 2025, selepas menunjukkan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sejak itu, beliau telah mengikuti program pemulihan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di bawah Bahagian Pemulihan Akidah yang memberi tumpuan kepada bimbingan agama, kaunseling dan pemantapan akidah.

“Beliau bukan sahaja mematuhi setiap arahan yang diberikan, malah menunjukkan perubahan ketara dalam sikap dan kefahaman agama. Hamimah kini benar-benar insaf,” kata Muhammad Nor.

Akauntan GISBH

Dalam masa sama, beliau menyeru masyarakat agar tidak terus menghukum bekas ahli GISBH itu, sebaliknya memberi peluang untuk Hamimah memperbaiki diri dan menyumbang semula kepada masyarakat.

“Kita tidak mahu masyarakat terus menghukum mereka. Sebaliknya, berilah peluang untuk mereka memperbaiki diri dan menyumbang semula kepada masyarakat melalui jalan yang benar,” ujarnya.

Artikel lain: CEO GISBH, 21 Individu Lain Mengaku Salah Anggotai Pertubuhan Langgar Undang-Undang

Keinsafan Hamimah menjadi bukti bahawa setiap insan masih berpeluang memperbetulkan langkah dan kembali ke jalan yang benar sebelum terlambat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! 

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mendedahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalaninya menunjukkan beliau mempunyai keturunan India. Perkara itu dikongsikan Prabowo ketika berucap di hadapan...

Lokal

Pengorbanan Allahyarham Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban ketika menjalani latihan ketenteraan dihargai apabila beliau dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal secara anumerta. Tentera Darat...

Sukan

Ketua jurulatih Mesir, Hossam Hassan meluahkan kekecewaan mendalam terhadap mutu pengadilan selepas pasukannya tersingkir daripada saingan Piala Dunia apabila tewas 3-2 kepada Argentina dalam...

Lokal

Polis sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan peniaga dalam talian yang sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial bagi mengesan kemungkinan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd