Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bekas Ahli Politik Pula Didakwa Terlibat, Buat Ugutan Di Rumah Cikgu Chandra

Kediaman aktivis S Chandrasegaran, lebih dikenali sebagai Cikgu Chandra, sekali lagi menjadi sasaran serangan dan ugutan daripada seorang bekas ahli politik serta beberapa individu lain pagi tadi.

Bekas Ahli politik beri ugutan

Memetik laporan Harian Metro, Cikgu Chandra berkata, kejadian berlaku sekitar jam 8.15 pagi apabila lelaki terbabit datang ke rumahnya dan bertindak mengugut.

“Kejadian berlaku hampir setengah jam apabila mereka bertindak agresif dan melakukan provokasi. Bagaimanapun keadaan terkawal kerana polis pun menjaga kawasan perumahan saya bagi mengelak insiden tidak dikenali terjadi,” katanya, hari ini.

Media semalam melaporkan bahawa Cikgu Chandra tetap akan menetap di kediamannya dan tidak bercadang untuk berpindah.

Dalam pada itu, polis telah membuka dua kertas siasatan berhubung insiden khianat dan ugutan jenayah melibatkan Cikgu Chandra di Taman Kinrara, Puchong, pada 9 Mac lalu dan kelmarin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, dilaporkan berkata, siasatan bagi insiden pertama dijalankan di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana khianat dan ugutan jenayah.

Artikel lain: Terus Bersuara! Cikgu Chandra Tak Akan Pindah Meski Rumah Diceroboh, Kereta Dibakar

Bagi insiden kedua pula, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan berhubung khianat dengan api yang melibatkan kenderaan di lokasi sama.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Dunia

Pemerintah Brunei mengumumkan rombakan Kabinet secara besar-besaran dengan mewujudkan portfolio utama baharu serta melantik dua puteranya sebagai menteri, lapor portal berita Al-Monitor. Rombakan tersebut...

Lokal

Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS) mengecam gelombang kebencian terbaru yang disasarkan terhadap pelarian Rohingya di Malaysia susulan satu petisyen di platform Change.org yang didakwa mengandungi...

Sosial

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis berhubung satu video tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki mendakwa berasal dari Myanmar dan mengakui...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd