Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bayi Lelaki Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan ditemukan maut selepas dipercayai tertindih lengan bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Kampung Perigi Hang Tuah, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, isteri mangsa yang dikenali sebagai Azura Abdul Malik, 37, baru pulang ke rumah terkejut apabila menemui suaminya terbaring tidak sedarkan diri, manakala bayi mereka berada di bawah lengannya.

Mangsa lelaki dikenal pasti sebagai Nurul Efendy Ibrahim, 35, manakala bayi yang terkorban dikenali sebagai Muhammad Nur Daniel Nurul Efendy.

Kata Azura, dia masih menunggu laporan rasmi hasil bedah siasat dari pihak hospital untuk mengetahui punca sebenar kematian suami dan anaknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bayi lelaki maut tertindih lengan bapa

Bayi lelaki maut tertindih lengan bapa

Nurul Efendy Ibrahim bersama anak lelaki

“Saya terkejut apabila mendapati suami tidak sedarkan diri dan bayi kami berada di bawah lengannya.
“Saya tak jumpa kesan darah atau cedera dan terus hubungi pihak hospital untuk bantuan sebelum suami disahkan telah meninggal dunia di rumah,” katanya.

Tambahnya, ketika kejadian bayinya itu masih bernyawa namun dalam keadaan lemah.

“Bayi kami meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” ujarnya ringkas.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll Mohd. Supian Md. Dali memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada hospital pada pukul 9.58 pagi.

Artikel lain: Dimadukan Tanpa Rela, Wanita Terkilan Suami Kahwin Lain Ketika Sarat Hamil 7 Bulan

Bayi lelaki maut tertindih lengan bapa

Foto sekadar hiasan

Kami dimaklumkan terdapat satu mangsa lelaki berusia 30 tahun telah meninggal dunia di lokasi dan bayinya ketika mendapatkan rawatan di hospital.
“Pihak hospital mohon pasukan membuat pemeriksaan di kediaman tersebut sekiranya berlaku kebocoran gas, namun hasil siasatan lanjut mendapati mangsa mungkin maut akibat serangan jantung, jadi bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dibatalkan,” ujarnya.

Sumber: Kosmo! Online (Diyanatul Atiqah Zakarya)

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami yang kehilangan isteri pada tahun 2024 berkongsi rutin hariannya yang tetap setia menziarahi pusara arwah, malah mengakui masih sukar menerima pemergian insan...

Sosial

Peguam, Kamal Hisham Ja’afar tampil menjelaskan kedudukan sebenar penglibatannya dalam kes Rosmaini Raof yang kembali menjadi perhatian umum, selain menegaskan bahawa keputusan mahkamah adalah...

Nasional

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV diumumkan sebagai penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia, sekali gus memastikan rakyat dapat menikmati liputan...

Sosial

Seorang penunggang p-hailing, Azim Haikal Noor Aziddin dilaporkan maut selepas dirempuh sebuah Proton X70 di Jalan 17/21, Petaling Jaya, Selasa, ketika sedang bekerja mencari...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd