Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bayi Koma Dipercayai Dipukul, Tiga Kakitangan Taska Ditahan Polis

Tiga kakitangan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska)  telah ditahan selepas dipercayai mendera seorang bayi berusia 4 bulan sehingga koma pada Rabu lalu.

Menerusi laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa memaklumkan yang suspek adalah wanita berusia 22 hingga 33 tahun telah ditahan oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di premis berkenaan.

Bapa mangsa check ada pendarahan

Penahanan tersebut dilakukan susulan daripada laporan polis yang dibuat oleh bapa kepada bayi terbabit yang juga merupakan seorang doktor berusia 29 tahun melakukan pemeriksaan ke atas anaknya.

“Berdasarkan laporan, bapa mangsa yang bekerja sebagai Pegawai Perubatan mendapati berlaku pendarahan dalam otak selain keretakan pada tempurung kepala bayi terbabit.
“Susulan itu, tiga suspek terbabit dipanggil memberi keterangan, namun menafikan kejadian selain keterangan mereka meragukan.
“Bagaimanapun, siasatan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di taska berkenaan mendapati suspek bertindak memukul kepala mangsa dengan tangan,” katanya.

Ada pendarahan di otak

Susulan daripada perbuatan tersebut, mangsa mengalami pendarahan dalam otak dan berlaku keretakan pada tempurung kepala.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kecederaan dialami mangsa serius dan masih dalam keadaan koma di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
“Kesemua suspek terbabit direman selama enam hari bermula hari ini dan akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Sumber: Harian Metro (Zaid Salim)

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd