Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Baru Je Beli Baju Raya, Ayah Sebak Hasrat Berbaju Raya Sedondon Tak Kesampaian

Pilu hati seorang bapa apabila hasratnya untuk berpakaian baju raya sedondon bersama anak perempuan tidak kesampaian apabila anaknya maut digilis treler di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang. 

Muhammad Jamathir Ahmad Nordin, 32, berkata beliau melihat anaknya begitu teruja dengan pakaian raya yang bertemakan hitam tersebut tiba di rumahnya pada minggu yang sama kejadian berlaku.

Menurut Muhammad Jamathir lagi beliau sempat bersalaman dengan anak perempuannya itu sebelum pergi ke kerja pada jam 6:30 pagi. 

Mangsa Nurul Jannatun Assyifa, 9,  maut akibat digilis treler ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Remuk hati seorang bapa apabila beliau dimaklumkan oleh isterinya tentang kemalangan yang menimpa anak keduanya itu.

Menurut bapa mangsa jenazah Nurul Jannatun Assyifa dikebumikan di Telok Gong setelah selesai di bedah siasat. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata kemalangan tersebut melibatkan sebuah treler yang melanggar motorsikal yang ditunggang oleh seorang wanita berusia 54 tahun yang membawa mangsa dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun. 

Sumber : Sinar Harian, Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Bismillah, may Allah ease everything

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd