Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Denda RM1,500 Bapa Empat Anak Curi Susu Tepung Diketepikan! Diganti Bon Berkelakuan Baik

Bapa Empat Anak Curi Susu Tepung Diketepikan

Mahkamah Tinggi di Melaka mengetepikan hukuman denda RM1,500 terhadap seorang pengawal keselamatan yang mengaku mencuri susu tepung dan beberapa barangan lain di sebuah pusat beli-belah tiga minggu lalu.

Sebaliknya menggantikan hukuman itu dengan bon berkelakuan baik selama dua tahun.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim DJP Suria Kumar selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan dalam prosiding semakan jenayah, pada Khamis minggu lalu.

Denda Bapa Empat Anak Curi Susu Tepung Diketepikan

Mahkamah memerintahkan Mohamad Ghazali Maidin, 47, dibebaskan dengan bon berkenaan mengikut Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah, disertai seorang penjamin bermula 5 Februari tanpa cagaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wang denda yang telah dibayar akan dikembalikan kepada tertuduh.

Peguam responden, Goh Han Koon, menegaskan bahawa mahkamah perlu mempertimbangkan semula hukuman tersebut berdasarkan prinsip undang-undang dan pendekatan reformatif.

“Bon yang diberi bukan bermaksud bebas tanpa syarat, sebaliknya peluang kedua yang bersyarat buat tertuduh,” katanya.

Sementara itu, Amritpal Singh menambah faktor tertuduh merupakan pesalah pertama dan tiada rekod jenayah lampau wajar diambil kira.

Beliau juga menekankan bahawa tempoh tahanan tiga hari sudah mencukupi sebagai pengajaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Suami Isteri Dipenjara Sehari Selepas Mengaku Curi Minuman Keras, Ikan Cencaru & Kicap

Barang kes, termasuk susu tepung, telah dikembalikan kepada pasar raya terbabit, dan tertuduh memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan dijalankan.

Sebelum ini, pada 27 Januari lalu, Mohamad Ghazali didenda RM1,500 selepas mengaku bersalah mencuri satu pencuci pakaian, dua susu tepung dan syampu dengan nilai keseluruhan RM131.50 di sebuah pasar raya pada 21 Januari lalu, jam 10.30 pagi.

Kesalahan itu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Sosial

Pempengaruh dan doktor terkenal, Dr Malar mengecam keras penjualan arak di premis terbuka serta menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap perkara itu. Menerusi hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd