Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Barisan Terbaik Jadi Taruhan, BAM Sasar 4 Pingat Emas Pada Sukan SEA 2025 Di Thailand

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menetapkan sasaran empat pingat emas pada Sukan SEA 2025 di Thailand, yang dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 20 Disember ini.

Menurut laporan Bernama, Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, mereka turut menyasarkan keseluruhan tujuh pingat pada temasya dwitahunan itu.

Beliau berkata, sasaran itu berdasarkan prestasi dan ranking dunia semasa, dengan prospek utama Malaysia dalam acara beregu campuran, beregu lelaki, beregu wanita serta acara berpasukan lelaki, berdasarkan pencapaian mereka sebelum ini.

BAM sasar 4 pingat emas

BAM sasar 4 pingat emas

“Saya juga telah berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan (Hannah Yeoh) dan pihak pengurusan bahawa ini adalah keputusan, keputusan bersama, saya fikir para jurulatih juga bersetuju.
“Jadi kami harus memberikan yang terbaik untuk negara dan perlu diingat bahawa Malaysia bukan satu-satunya negara yang menurunkan barisan terbaik.
“Jika anda melihat negara lain, mereka juga telah memutuskan untuk menurunkan barisan terbaik,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan bendera kepada pemain badminton Malaysia di sini hari ini.

Pada Oktober lepas, BAM mengumumkan barisan terkuat mereka untuk edisi ke-33 temasya itu, antaranya dua juara dunia iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki) dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain menamakan Aaron-Wooi Yik dan Tang Jie-Ee Wei, BAM turut meletakkan kepercayaan kepada naib juara Kejohanan Dunia 2025 Pearly Tan-M. Thinaah (beregu wanita), Leong Jun Hao dan Justin Hoh (perseorangan lelaki) serta K. Letshanaa dan Wong Ling Ching (perseorangan wanita).

Turut disenaraikan ialah Man Wei Chong-Tee Kai Wun (beregu lelaki), Go Pei Kee-Teoh Mei Xing (beregu wanita) serta Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin (beregu campuran).

Artikel lain: Wartawan Senior Sukan Diserang Di Bangsar, GERAMM Gesa Tindakan Tegas

BAM sasar 4 pingat emas

Kesemua yang disenaraikan itu juga akan beraksi dalam acara berpasukan masing-masing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka akan dibantu oleh Eogene Ewe dan Aidil Sholeh Ali Sadikin dalam acara berpasukan lelaki serta oleh Siti Zulaikha Muhammad Azmi dan Eng Ler Qi dalam acara berpasukan wanita.

Sukan SEA 2025 akan dianjurkan di dua wilayah, iaitu Bangkok dan Chonburi.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sosial

Seorang wanita berkongsi detik menyentuh hati yang dialaminya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pagi Selasa, apabila seorang pemandu lori berkongsi rezeki tanpa mengira...

Bisnes

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya di seluruh negara adalah terjamin sehingga akhir Jun 2026. Jaminan itu merupakan...

Sukan

Ketua Pegawai Eksekutif Johor Darul Ta’zim (JDT), Luis Garcia memberikan pujian tinggi terhadap bintang muda negara, Arif Aiman Hanapi, dengan menyifatkannya sebagai permata berharga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd