Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Bakal Saingi Grab, Bolt Mahu Lancar Perkhidmatan Di Malaysia?

Bolt merupakan khidmat seru-pandu dari Eropah yang menyediakan khidmat tempahan pengangkutan ke destinasi, menyediakan khidmat untuk tempahan makanan dan barangan runcit melalui Bolt Food serta menyediakan khidmat sewa kenderaan.

Foto: Laman Web Bolt

Menerusi laporan Amanz, Bolt dikatakan sedang berusaha untuk memasuki pasaran tempatan dimana syarikat organisasi itu telah pun mula pengiklanan jawatan kosong untuk mengetuai operasi Bolt di Malaysia.

“Kami mencari Pengurus Negara untuk mengendalikan dan melancarkan perkhidmatan seru-pandu di Malaysia,” katanya dalam laman web Bolt.

Foto: Laman web Bolt

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, Bolt telah beroperasi di lebih 500 bandar dan mempunyai lebih 150 juta pelanggan di seluruh dunia, termasuklah di negara jiran, Thailand.

Foto: Lowyat.net

Perkhidmatan seru-pandu bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia, malah terdapat beberapa organisasi yang telah beroperasi dari dulu, tetapi tiada lagi yang mampu memberikan saingan sengit kepada Grab.

Antara perkhidmatan seru-pandu yang biasa digunakan oleh rakyat Malaysia selain Grab ialah MyCar, DACSEE, Maxim, AirAsia Ride dan sebagainya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Amanz (Aman)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd