Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Bakal Rindui Malaysia, Kim Pan-gon Umum Letak Jawatan

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon umum beliau telah letak jawatan sebagai pengendali skuad kebangsaan atas sebab peribadi yang enggan didedahkan.

Memetik laporan Astro Awani, beliau telah beberapa kali bertemu dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sebelum kedua-duanya mencapai persetujuan berhubung keputusan itu.

Kim Pan-gon umum letak jawatan

Kim Pan-gon Umum Letak Jawatan

Foto: Stadium Astro

“Hari ini, saya ada berita sedih untuk disampaikan. Hari ini, saya telah mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan atas sebab hal peribadi.
“Saya mohon maaf kepada mana-mana pihak yang berasa kecewa dengan keputusan saya ini,” katanya dalam satu sidang media khas di Wisma FAM pada Selasa.

Artikel lain: FAM Dilapor Bakal Dirombak, Kim Pan-Gon Letak Jawatan?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya, sepanjang dua tahun setengah menjadi peneraju pasukan bola sepak negara, Malaysia berjaya memperbaiki kedudukan dalam FIFA selain layak ke Piala Asia selepas kemarau 23 tahun.

Malahan, skuad Harimau Malaya juga berjaya mencipta sejarah selepas berjaya meraih keputusan seri 3-3 ke atas Korea Selatan pada aksi akhir kumpulan E pada saingan Piala Asia 2023, awal tahun ini.

Kim Pan-gon Umum Letak Jawatan

Foto: Wilayahku

“Kami telah berjaya membina asas yang kukuh untuk skuad tanah air, dan berjaya menanam bibit-bibit harapan bahawa bola sepak tanah air mempunyai masa depan yang cukup cerah.
“Sokongan padu Ultras Malaya juga merupakan antara motivasi terbesar untuk saya, sokongan Datuk Hamidin juga antara kekuatan saya.
“Selain itu, saya juga bersyukur kepada kerajaan dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, serta kelab-kelab bola sepak yang terus membenarkan saya mencuba untuk memperbaiki kekuatan kami,” ujarnya.

Sumber: Astro Awani (Firdaus Azil)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Sukan

Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun mengakui beliau kurang berpuas hati apabila Malaysia muncul juara Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

Sukan

Penolong pengurus skuad sepak takraw Thailand, Rattadech Noijaroen, meluahkan rasa kecewa susulan insiden kontroversi yang mencemari aksi Piala Dunia ISTAF di Stadium Titiwangsa malam...

Dunia

Salah seorang rakyat Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotila (GSF) 2.0, Razman Mat Ali perlu meneruskan rawatan kira-kira dua minggu lagi di Istanbul, Turkiye...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd