Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Baju Dipakai Terlalu Ketat, Dua Lipa Susah Duduk Di Kerusi

Penyanyi terkenal Hollywood, Dua Lipa dilihat sukar duduk di kerusi apabila busana yang digayakan terlalu ketat.

Susah nak bersandar

Perkara tersebut dikongsikan sendiri penyanyi lagu, New Rules di Instagram dengan meninggalkan kapsyen mengucapkan terima kasih untuk acara tersebut namun berseloroh mengatakan satu-satu perkara yang hilang adalah kerusi untuk bersandar.

“Terima kasih @goldenglobes untuk malam yang indah semalam. Satu-satunya perkara yang hilang ialah kerusi bersandar,” tulisnya.
View this post on Instagram

A post shared by DUA LIPA (@dualipa)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nampak kurang selesa

Dalam video tersebut, dapat dilihat gaun bercorak emas yang begitu ketat menyukarkan penyanyi usia 29 tahun itu untuk duduk dengan betul dan selesa di kerusi yang disediakan.

Dia sepertinya perlu merendahkan dahulu badan sebelum membetulkan posisi tubuh bagi membolehkannya duduk di kerusi terbabit.

Walaupun ada sebahagian peminat mengkritik pereka fesyen yang menyediakan busana untuknya, namun masih ramai yang memuji rekaan terbabit sesuai dengan penampilan Dua Lipa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram Dua Lipa

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Dunia

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memaklumkan beliau telah menerima rawatan berjaya bagi kanser prostat peringkat awal, namun tidak mendedahkan tarikh rawatan tersebut dilakukan. Dalam...

Lokal

Kes kemalangan maut di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) yang mengorbankan seorang lelaki warga Bangladesh kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan...

Lokal

Ahli Dewan Negeri (ADUN) Teratai, Yew Jia Haur menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan melarang laungan azan, menghalang pelaksanaan solat Jumaat atau mengarahkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd