Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Baginda Banyak Memberi Inspirasi”- Selebriti Dunia Hiba Pemergian Ratu Elizabeth II

Berita kemangkatan Ratu Elizabeth II ternyata memberi kesan yang mendalam kepada warga seluruh dunia. Ramai yang membanjiri di laman sosial dengan kata-kata takziah serta ucapan penghormatan ekoran pemergian pemerintah tertua di dunia tersebut.

Tidak terkecuali, beberapa selebriti antarabangsa turut berduka dengan kemangkatan tokoh yang paling lama memerintah Britain. Antaranya ialah bintang popular, James Bond, Daniel Craig meluahkan rasa sedih apabila mendengar berita kehilangan ratu kesayangan ramai itu.

“Saya seperti ramai lagi orang lain yang dihimpit kesedihan amat sangat sebaik mendengar berita disampaikan hari ini. Perasaan saya bersama keluarga diraja, orang-orang yang dicintai dan semua yang mencintainya,” katanya.

Bukan itu sahaja, penyanyi Sir Elton John yang mempunyai hubungan erat dengan pihak istana ternyata tidak dapat mengawal emosinya ketika menitipkan kata-katanya.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Elton John (@eltonjohn)

“Saya teramat sangat sedih atas pemergian Ratu Elizabeth dan berkongsi perasaan itu bersama rakyat seluruh negara. Baginda banyak memberi inspirasi kepada mereka yang berada dekat dengannya.
“Mendiang Ratu Elizabeth juga menjadi sebahagian daripada kehidupan saya sejak kanak-kanak sehingga hari ini dan saya akan merinduinya,” ujarnya.

Di samping itu, pemain bola sepak terkenal, David Beckham dan isteri, Victoria turut meluahkan rasa sedih apabila mengenangkan sifat keperibadian yang dimiliki Ratu Elizabeth II.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by David Beckham (@davidbeckham)

“Saya benar-benar sedih atas kemangkatan Yang Mulia Ratu. Betapa besar limpahan cinta dan rasa hormat terhadapnya,” jelasnya.

Untuk info, Ratu Elizabeth II mangkat di Istana Balmoral, Scotland, semalam pada usia 96 tahun dan difahamkan, sejak tahun lalu baginda menghidap ‘episodic mobility problems’.

Sumber: Kosmo (Hanisah Selamat)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd