Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Baby Syifaa Meninggal Dunia Akibat Kecuaian Pengasuh, Bukan Kemalangan

Mahkamah Koroner memutuskan kematian bayi perempuan berusia 15 bulan, Nour Rania Asyifaa Yuseri atau lebih dikenali sebagai Baby Syifaa adalah disebabkan kecuaian pengasuh dalam sesi inkues kes tersebut di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.

Menurut laporan Buletin TV3, Koroner Datin Surita Budin berkata, pengasuh yang juga saksi inkues berkenaan meninggalkan bayi itu tanpa pengawasan dalam tempoh waktu yang lama.

Foto: Buletin TV3

“Saya buat dapatan dan keputusan bahawa kematian Asyifaa disebabkan akibat tekanan pada leher dan tekanan ini bersesuaian dihasilkan oleh berat badan si mati apabila lehernya tersangkut di bahagian sisi hujung kain buaian.
“Berdasarkan keterangan saksi secara keseluruhan mahkamah memutuskan kematian si mati adalah bukan disebabkan kemalangan atau kecelakaan tetapi terdapat keterangan kukuh yang menunjukkan si mati telah tergantung dalam buaian,” katanya.

Foto: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga berkata, tindakan pengasuh pusat jagaan tersebut, Khairulnisa Ahmad Damunhuri yang meninggalkan mangsa dalam buaian tanpa pengawasan berpatutan dan sewajarnya dalam jangka masa yang munasabah sehingga menyebabkan kematian dikira sebagai satu perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Surita turut memaklumkan bahawa seramai 28 saksi telah dipanggil oleh mahkamah bagi memberikan keterangan berhubung kes tersebut. Sesi inkues itu telah berjalan selama 12 hari sejak difailkan pada 8 April 2022 dan bermula pada 22 September 2022.

Foto: Berita Harian

Pada 22 Februari 2022, Baby Syifaa dipercayai tersangkut pada kain buaian ketika sedang tidur di pusat jagaan dan disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Sendayan, Seremban oleh pegawai perubatan selepas pengasuh kanak-kanak itu membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3 (Syafiqah Damanhuri)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Sosial

Hasrat sepasang kekasih yang bakal mendirikan rumah tangga minggu depan tidak kesampaian apabila wanita yang dinanti untuk bergelar isteri maut dalam kemalangan jalan raya...

Lokal

Polis menahan lima lelaki tempatan berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan dua remaja perempuan berusia 15 dan...

Sosial

Seorang wanita merayu bantuan orang ramai menerusi platform Threads untuk mengesan bekas suaminya yang didakwa menumbuk mukanya ketika proses penyerahan anak di Bangi, petang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd