Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Azeem Fahmi Raih Gangsa 100M Sukan Asia, Tamatkan Kemarau Pingat 41 Tahun

Pelari remaja, Muhammad Azeem Fahmi berjaya meraih gangsa dalam acara 100m sekali gus menamatkan kemarau pingat selamat 41 tahun Sukan Asia buat kontijen Malaysia.

Azeem fahmi

Azeem Fahmi catat masa 10.11 saat

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, pelari berusia 19 tahun itu berjaya mencatat masa 10.11 saat dalam penampilan pertamanya di Sukan Asia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk kategori tersebut, jaguh pecut tuan rumah, Xie Zhenye telah meraih pingat emas apabila mencatat masa di bawah 10 saat iaitu  9.97s, manakala perak milik Puripol Boonson dari Thailand selepas mencatat masa 10.02s.

Artikel lain: Tewaskan Hong Kong, Skuasy Berpasukan Wanita Hadiahkan Malaysia Pingat Emas Ke-3

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat untuk kategori 100m ini adalah pada Sukan Asia  Delhi, India 1982 menerusi Rabuan Pit.

Rabuan telah berjaya menggenggam pingat emas dengan catatan 10.68 saat menewaskan Jang Jae-keun dari Korea Selatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, Azeem yang memegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09s bakal beraksi dalam dua lagi acara iaitu 200m dan 4×100m.

Sumber: Utusan Malaysia, X Astro Arena

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd