Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Atta Halilintar Pasrah, Terpaksa Layan Ngidam Pelik Isteri Nak Melancong Ke Jepun

Selebriti popular indonesia, Atta Halilintar mendedahkan isterinya, Aurel Hermansyah sering mengidam dan menginginkan sesuatu yang pelik.

Menerusi laporan Detik Hot, Atta memberitahu Aurel yang kini sedang sarat hamil anak kedua pernah meminta untuk  mengayuh basikal pada lewat malam sehingga dia terpaksa menuruti kemahuan isterinya itu.

“Dia pernah minta nak kayuh basikal pada pukul 12 malam, cuba bayangkan mana ada orang naik basikal lewat malam. Dengan keadaan sunyi dan dia juga boleh kena selsema.
“Akhirnya saya terpaksa layankan dengan menaiki basikal eletrik,” katanya.

Bukan itu sahaja, dia juga memaklumkan isteri kesayangannya itu mahu melancong ke Jepun. Bagaimanapun, Aurel secara tiba-tiba membatalkan hasrat tersebut kerana tidak mahu berasa penat.

“Dia pernah mengidam nak ke Jepun, semasa ulang tahun kelahiran dia… saya telah siapkan segala tiket dan semuanya tapi tiba-tiba dia tidak mahu,” kongsinya lagi.

Sekadar info, Atta dan Aurel telah mendirikan rumah tangga pada  4 April 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Hanna Nur Atta.

Sumber: Detik Hot (Febriyanto Nur Pratama)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd