Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Atlet Boling Kebangsaan Peluk Islam, Tertarik Lihat Rakan Muslim Beribadah

Atlet boling kebangsaan, Nerosha Keligit Thiagarajan terbuka hati mengucap dua kalimah syahadah semalam apabila selama ini tertarik melihat amalan yang dilakukan oleh rakan Muslim yang lain.

Atlet boling kebangsaan peluk Islam

Memetik laporan dari Harian Metro, Nerosha yang berusia 27 tahun telah mengucap dua kalimah syahadah di Bilik Hidayah, Ibu Pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan.

Perkara tersebut disahkan menerusi Facebook Perkim yang memaklumkan Nerosha memeluk Islam di hadapan Pegawai Unit Dakwah dan Pembangunan Insan (UDPI) Perkim Kebangsaan Muhammad Jais Mariappan Abdullah.

atlet boling kebangsaan

Tertarik lihat rakan Muslim beribadah

Dalam pada itu, Nerosha yang berasal dari Sarawak menyatakan yang dia tertarik  dengan Islam kerana kehidupannya sebagai seorang atlet dikelilingi dengan rakan-rakan Muslim yang taat mengerjakan ibadah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujarnya, dia sering bertanyakan kepada rakan-rakan Muslimnya kewajipan dalam agama seperti bersolat, berpuasa dan ibadah yang lain.

“Saya mempercayai dan meyakini dengan keesaan Allah SWT,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Pembantu Jurulatih Kelantan FC Peluk Islam, Guna Nama Abu Bakar

Untuk rekod, Nerosha merupakan antara atlet yang menyinar dalam sukan boling apabila mengharumkan nama Malaysia dengan meraih emas Kejohanan Dunia pada edisi 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Dia juga turut memenangi perak pada temasya Sukan Sea 2021 di Hanoi selepas menduduki tempat kedua dalam acara berpasukan wanita.

Sumber: Harian Metro (Syazwan Msar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd