Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Arif Aiman Ikrar Setia Bersama JDT – “Saya Perlu Terus Bekerja Keras..”

Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menegaskan komitmennya untuk terus bersama kelab Harimau Selatan bagi tempoh yang panjang.

Menurut laporan Kosmo! Online, pemain berusia 23 tahun itu berkongsi pandangannya melalui temu bual dengan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), di mana beliau menyatakan fokusnya untuk meningkatkan prestasi di tahap tertinggi bersama JDT.

Arif Aiman

Foto: Facebook Arif Aiman Hanapi

“Matlamat jangka panjang saya adalah untuk terus meningkat sebagai pemain dan terus beraksi pada tahap tertinggi untuk JDT. Saya perlu terus bekerja keras untuk berada di tempat saya hari ini.
“Saya berasa tahap saya masih belum cukup, jadi saya akan terus berusaha dan menumpukan kepada matlamat yang tinggi,” kata Arif Aiman.

Foto: Facebook Arif Aiman Hanapi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, bakat Arif Aiman telah menarik perhatian kelab dari Liga Iran dan juga mendapat pengiktirafan daripada kelab penyokong Rangers Journal dari Scotland.

Artikel lain: JDT Dapatkan Khidmat Pertahanan Bekas Rakan Sepasukan Ronaldo

Pemain sayap kebangsaan itu kini memfokuskan untuk membantu pasukannya mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

“Kita telah memberikan yang terbaik sepanjang enam perlawanan lepas dan kita ada dua lagi perlawanan yang perlu ditempuh. Kita perlu perbaiki prestasi untuk memastikan misi ke pusingan seterusnya dapat direalisasikan,” katanya. ujarnya.

JDT kini berada di Sydney, Australia untuk berhadapan dengan Central Coast Mariners di Stadium Central Coast esok.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! Online

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Pihak berkuasa di Terengganu sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan pelepasan air sisa ke laut di Pulau Perhentian selepas dua video yang dirakam seorang penyelam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd