Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anjing Serang Kanak-Kanak Sehingga Parah Sudah Ditangkap

Seekor anjing yang menyerang seorang kanak-kanak lelaki di sebuah taman perumahan di Batu 9, Cheras, semalam berjaya ditangkap oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Anjing serang kanak-kanak!

Menurut laporan Harian Metro Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada abang mangsa berusia 20 tahun pada jam 11.41 malam.

Anjing serang

Foto: FB Arif Ayob

Naazron berkata, mangsa yang berusia enam tahun diserang ketika bermain basikal berhampiran rumahnya sebelum beberapa jiran datang membantu menghalau haiwan berkenaan.

Anjing serang

Foto: FB Mohd Firdaus Md Isa

“Kanak-kanak itu kini ditempatkan di Wad Kanak-kanak Hospital Kajang dan berada dalam keadaan stabil,” katanya hari ini.
Anjing serang

Foto: FB Arif Ayob

Apa status anjing serang mangsa tu?

Bagaimanapun, status anjing itu masih dalam siasatan sama ada ia haiwan peliharaan berdaftar atau sebaliknya.

Sementara itu, Naazron berkata kes disiasat mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan serta Seksyen 41(1) Akta Binatang 1953.

“Polis juga menyeru orang ramai yang ingin memelihara anjing di mana-mana premis termasuk rumah persendirian supaya mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan serta memastikan haiwan peliharaan dikawal rapi supaya kejadian seperti ini dapat dielakkan,” ujarnya.

Artikel lain: Tular Budak Lelaki Cedera Diserang Anjing, Berlari Sambil Menangis Minta Tolong

Advertisement. Scroll to continue reading.

Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Nursyaza Farhah Samhairi di talian 017-6919817.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan mangsa parah di kepala selepas melepaskan diri daripada diserang anjing berkenaan dalam kejadian dipercayai di Taman Megah, Cheras.

Anjing serang

Foto: FB Mohd Firdaus Md Isa

Sumber: Harian Metro (Noor Hidayah Tanzizi)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd