Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Anjing Kesayangan Hilang, Paris Hilton Siap Upah Detektif Haiwan Cari ‘Diamond Baby’

Sosialit terkemuka Hollywood, Paris Hilton kini sedang bersedih kerana salah seekor anjing peliharaan yang digelar Diamond Baby hilang dari kediamannya sejak 14 September lalu.

Menerusi satu posting di laman Instagram, selebriti berusia 41 tahun itu berkata, anjing baka Chihuahua tersebut kemungkinan melarikan diri ketika dia melakukan ‘photoshoot’.

Dalam masa sama, pekerja yang memindahkan perabot rumahnya juga mungkin membiarkan pintu kediaman terbuka menyebabkan aiwan berkenaan keluar dari situ.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Paris Hilton (@parishilton)

“Ahli keluarga dan rakan-rakan saya telah membantu mencari di sekitar kawasan kejiranan saya, malah dari rumah ke rumah tetapi kami masih tidak menemui Diamond Baby,” tulisnya pada Isnin.

Difahamkan, pelakon filem This Is Paris itu sanggup mengupah detektif dan pakar psikik haiwan peliharaan dengan menggunakan dron dalam usaha mencari anjing tersebut.

“Saya melakukan segala-galanya untuk mendapatkan dia kembali. Pecinta haiwan yang kehilangan haiwan mereka pasti akan merasai kesakitan ini,” katanya.
View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Paris Hilton (@parishilton)

Hilton berkata, dia menjaga Diamond Baby seperti anaknya sendiri dan sentiasa bersama ibarat kawan baik sekali gus risau akan keselamatan haiwan terbabit.

“Hati saya hancur, sangat sedih dan tertekan. Saya rasa seperti sebahagian daripada diri saya hilang dan situasi tidak sama tanpa dia di sini.
“Diamond Baby adalah segala-galanya seperti anak saya, lami tidak dapat dipisahkan. Dia adalah kawan baik dan sentiasa di sisi saya,” luahnya lagi.

Tambah Hilton, ganjaran besar menanti bagi mereka yang menemui anjing kesayangannya kerana dia amat berharap Diamond Baby pulang dengan selamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram Paris Hilton

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd