Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Anggota TUDM Ditemui di Kondo Kekasih, Menyorok Lepas Langgar Kereta Pegawai

Misteri kehilangan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Laskar Udara Kanan Muhammad Ammar Mohd Ariffin, 27, akhirnya terjawab apabila dia ditemui di sebuah kondominium di Ampang Jaya, sekitar jam 1.30 tengah hari tadi.

Anggota TUDM tersebut menghilangkan diri kerana takut

Memetik laporan daripada Berita Harian, Muhammad Ammar ‘menghilangkan diri’ kerana takut selepas terbabit dalam kemalangan kecil melanggar kereta seorang pegawai tentera di Subang pada 22 Ogos lalu.

Tak buat laporan tapi pegawai dapat kesan

Walaupun dia tidak membuat laporan polis, pegawai terbabit berjaya mengesannya melalui nombor plat kereta.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, anggota itu ditemui selamat bersama teman wanitanya di unit milik wanita berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Anggota terbabit yang juga individu yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemui bersama teman wanitanya dan unit kediaman itu adalah milik wanita terbabit.
“Dia ditemui oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, yang menjalankan pemeriksaan di lokasi berkenaan berdasarkan maklumat yang diterima,” katanya.

Ditemui dalam keadaan selamat

Beliau turut menegaskan tiada unsur jenayah ditemui serta tiada kesan kecederaan pada tubuh Muhammad Ammar.

“Pada masa ini pihak polis sedang berusaha mendapatkan butiran lanjut daripada Muhammad Ammar mengenai kehilangannya sebelum ini,” jelasnya sambil berterima kasih kepada semua pihak yang menyalurkan maklumat.

anggota

Artikel lain: Anggota TUDM Hilang Ditemui Selamat, Tiada Unsur Jenayah

Untuk rekod, Muhammad Ammar sebelum ini mengikuti Kursus Penyelia Pengangkutan Kenderaan di INSMAT TUDM Bandar Kinrara dan dibenarkan pulang pada 22 Ogos lalu.

Dia sepatutnya melapor diri semula pada 25 Ogos, namun gagal berbuat demikian hingga mendorong keluarganya serta pihak tentera membuat laporan polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ditemui, dia kali terakhir dilihat berkelah di Sungai Kedondong pada 23 Ogos, manakala telefon bimbitnya didapati ditutup sejak 24 Ogos, menyebabkan operasi mencari dijalankan di kawasan rekreasi tersebut.

Sumber: Berita Harian (Safeek Affendy Razali)

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd