Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit: Sin Chew Ambil Tindakan Tatatertib, Ikrar Lebih Berhati-Hati

Ambil Tindakan Tatatertib

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily ambil tindakan tatatertib terhadap individu yang bertanggungjawab berhubung kesilapan melibatkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap tanpa simbol bulan sabit pada hadapan akhbar bertarikh semalam.

Dalam kenyataan petang ini, Sin Chew Daily bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai bentuk tindakan yang dikenakan ke atas individu terlibat.

Namun, pihaknya memaklumkan jabatan editorial akan memperketatkan prosedur semakan dalaman, khususnya melibatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI).

“Kami berikrar untuk lebih berhati-hati dan peka dalam menangani perkara yang boleh menjejaskan maruah negara dan hubungan antara kaum,” kata akhbar itu.

Sin Chew Ambil Tindakan Tatatertib

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegur akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, susulan kesilapan memaparkan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baginda menzahirkan pandangan bahawa pihak pengurusan dan editor akhbar tersebut seharusnya lebih cermat dalam menyemak kandungan sebelum diterbitkan.

Teguran diraja itu merujuk kepada edisi terbitan Selasa lalu yang menampilkan ilustrasi muka depan sebuah jong dengan bendera Malaysia dan China, bersempena lawatan Presiden China, Xi Jinping, ke negara ini. Namun, bendera Malaysia dalam ilustrasi berkenaan didapati tidak memaparkan simbol bulan sabit.

Sin Chew kemudiannya tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa kesilapan tersebut berpunca daripada “ralat teknikal”.

Ilustrasi itu telah diperbetulkan dalam versi digital dan turut diterbitkan semula dalam versi cetakan hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akhbar berkenaan turut memaklumkan bahawa pihak pengurusan menerima sepenuhnya nasihat dan teguran Sultan Ibrahim berhubung insiden tersebut.

Sumber: Malaysiakini

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan kapal tangki, Ocean Thunder, telah selamat tiba di Malaysia hari ini dengan membawa satu juta tong minyak mentah dari...

Sosial

Majikan kepada Dicky Yau, iaitu lelaki yang dibantu oleh Abang Minyak Hitam Jalanan sewaktu mengalami kesulitan disebabkan motosikal yang ditunggangi mengalami masalah. Menerusi perkongsian...

Dunia

Tentera Iran pada Sabtu mengumumkan penutupan semula Selat Hormuz hanya beberapa jam selepas ia dibuka, ketika lebih sedozen kapal dagang sedang melalui laluan maritim...

Lokal

Seorang anggota polis yang didakwa melakukan pencerobohan dan khianat terhadap rakan setugas dikenakan hukuman denda RM1,000 serta perintah berkelakuan baik selama dua tahun selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd