Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Al-Shahrani Cedera, Putera Arab Saudi Sediakan Jet Peribadi Suruh Hantar Ke Jerman

Bahang  FIFA Piala Dunia 2022 sudah pun dirasai apabila para peminat bola sepak dunia sudah mulai berjaga malam menyaksikan temasya yang berlangsung empat tahun sekali ini.

Pada tahun ini, Qatar telah menjadi tuan rumah kepada Piala Dunia 2022 dengan majlis pembukaannya diadakan cukup gemilang pada Ahad lepas.

Namun, baru beberapa hari sepak mula berlangsung, tular kejadian ngeri apabila seorang pemain Arab Saudi mengalami kecederaan susulan bertembung dengan penjaga gol pasukannya sewaktu menentang pasukan Argentina.

Cedera ‘dilutut’ penjaga gol sendiri

Yasser Al Shahrani disahkan mengalami kecederaan patah rahang, tulang muka dan pendarahan dalaman selepas menerima terjahan lutut dari penjaga gol pasukannya sendiri iaitu Mohammed Al-Owais.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi laporan dari media tempatan, 7news,  pelanggaran tersebut menyebabkan Yasser Al Shahrani melantun semasa mendarat dan dia tidak berganjak.

Lambat terima rawatan

Apa yang membuatkan ramai kesal adalah tindakan pengadil,  Slavko Vincic masih membenarkan perlawanan diteruskan. Vincic mengambil masa hampir 20 saat sebelum berlari ke Al Shahrani dan barulah meminta rawatan perubatan.

Sempat tunjuk tanda bagus

Penjaga gola Arab Saudi dalam keadaan emosi itu telah meletakkan tangannya di kepala rakan sepasukan serta memberi isyarat supaya doktor bergegas membantu Al Shahrani.

Pemain berusia 30 tahun itu kemudiannya terpaksa ditarik keluar dari padang dan turut sempat memberikan tanda ‘bagus’ ketika dia keluar dari stadium.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 Putera Salman sediakan jet peribadi

Susulan daripada itu, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammad bin Salman telah meminta untuk pemain tersebut diterbangkan  ke Jerman menggunakan jet peribadinya untuk mendapatkan rawatan susulan selepas insiden ngeri tersebut.

Difahamkan, Al Shahrani mengalami kecederaan patah tulang rahang dan patah tulang pipi. Tempoh rawatan juga memakan masa beberapa bulan.

Walau bagaimanapun, ada dakwaan bahawa gambar x-ray keadaan rahang pemain tersebut yang tersebar di media sosial adalah palsu dan dia memberitahu bahawa dalam keadaan baik baik sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pertembungan Arab Saudi dan Argentina semalam, pasukan underdog itu berjaya menumpaskan pihak lawan dengan jaringan 2-1.

Hal tersebut pastinya membuatkan seluruh rakyat Arab Saudi bergembira kerana meraih kemenangan ke atas pasukan yang terdiri daripada pemain bintang, seperti Lionel Messi.

Sumber: 7news

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd