Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

UPSI Digitalkan & Bakal Pamer Naskah Al-Quran Tulisan Nurly Shahirah

Naskhah al-Quran tulisan tangan Allahyarham Nurly Shahirah Azman kini diserahkan sementara kepada Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk tujuan pendigitalan dan pameran umum.

Naskah al-Quran tulisan Nurly Shahirah dalam proses pendigitalan

Memetik laporan daripada Bernama, Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff menyatakan manuskrip itu menjadi bukti ketekunan Allahyarham menyalin ayat-ayat suci al-Quran sepanjang pengajian di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Besut dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.

“Proses pendigitalan bertujuan memastikan naskhah berkenaan dapat dipelihara dengan rapi untuk jangka masa panjang di samping menghasilkan salinan digital yang lengkap dan berkualiti tinggi bagi dijadikan koleksi rujukan serta sumber kajian di perpustakaan.
“Selain itu, pendigitalan ini juga memberi ruang kepada masyarakat umum, pelajar serta penyelidik untuk mengakses dan merujuk naskhah tersebut tanpa menjejaskan keaslian manuskrip asal,” katanya.

Nurly Shahirah

Naskah al-Quran tulisan Nurly Shahirah akan dipamerkan

Ketua Pustakawan UPSI, Noriha Muhammad pula berkata proses tersebut dilaksanakan sepenuhnya oleh pasukan Perpustakaan Digital UPSI (UDL) menggunakan imej resolusi tinggi bagi memastikan setiap helaian direkodkan dengan jelas.

“Usaha ini secara tidak langsung menyokong pemeliharaan warisan intelektual dan kerohanian umat Islam di samping menjadi amal jariah berterusan buat Allahyarham Nurly Shahirah,” katanya.

Sebagai menghargai karya berharga ini, manuskrip al-Quran tulisan Nurly turut dipamerkan secara eksklusif di Aras 1, Perpustakaan Tuanku Bainun bermula 25 Ogos hingga 2 September 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pameran ini bukan sahaja bertujuan menonjolkan keindahan seni tulisan tangan al-Quran, malah sebagai penghargaan terhadap ketabahan dan ketekunan Allahyarham Nurly Shahirah, di samping memberi inspirasi kepada generasi muda untuk mencintai al-Quran serta menjadikannya sebagai sumber motivasi dalam pengajian dan kehidupan seharian,” katanya lagi.

Artikel lain: Galeri Nurly Sahirah Bakal Diwujudkan Di UPSI, Simbol Cinta Abadi Terhadap Al-Quran

Terdahulu, pada 9 Jun lalu, Nurly Shahirah bersama 14 pelajar UPSI lain terkorban dalam nahas bas sewa khas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik, manakala 33 yang lain cedera termasuk pemandu dan penumpang kenderaan lain.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd